SEMALAM Mahkamah Persekutuan menolak permohonan semakan Tuk Seri Najib terhadap sabitan dan hukuman ke atasnya.
Ia selari dengan keputusan dibuat pada 23 Ogos tahun lepas yang kekalkan sabitan bersalah dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM120 juta.
Maka dengan ini mantan PM akan kekal menjalani hukuman penjara dan denda, melainkan mendapat pengampunan Yang di-Pertuan Agong.
Pada pandangan Awang yang jahil hal undang-undang ini, Najib dah lalui semua proses perundangan dan penghakiman selama empat tahun kes itu berjalan.
Macam kita semua tahu, sabitan dan hukuman itu membabitkan anak syarikat 1MDB, yang namanya SRC International. 1MDB dianggap skandal kewangan terbesar di dunia.
Banyak yang terlibat telah didapati bersalah dan dijatuhi hukuman di banyak negara dari Singapura ke Amerika Syarikat dan di Eropah juga.
Terbaru, orang yang dianggap mastermind 1MDB, ahli perniagaan Jho Low dijatuhi hukuman penjara 10 tahun secara in absentia (tidak hadir) di Kuwait.
Mungkin banyak lagi akan ke penjara selepas ini.
Klik di sini untuk terus membaca