SHAH ALAM - Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mendedahkan terdapat banyak aduan daripada orang ramai berhubung agensi kerajaan tidak bertindak terhadap rungutan mereka. Antara aduan tersebut ialah tidak menjalankan... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mendedahkan terdapat banyak aduan daripada orang ramai berhubung agensi kerajaan tidak bertindak terhadap rungutan mereka.

Antara aduan tersebut ialah tidak menjalankan siasatan, tidak memaklumkan perkembangan siasatan dan tidak memaklumkan keputusan siasatan.

Sebanyak 1,371 kes berkaitan dengan perkara tersebut dilaporkan sejak tahun 2020 hingga Februari tahun ini melibatkan sebanyak 21 agensi kerajaan di bawah seliaan EAIC.

Orang awam juga boleh mengimbas kod untuk membuat aduan sebarang salah laku membabitkan agensi penguatkuasaan di bawah seliaan EAIC.
Orang awam juga boleh mengimbas kod untuk membuat aduan sebarang salah laku membabitkan agensi penguatkuasaan di bawah seliaan EAIC.
Orang awam juga boleh mengimbas kod untuk membuat aduan sebarang salah laku membabitkan agensi penguatkuasaan di bawah seliaan EAIC.
Orang awam juga boleh mengimbas kod untuk membuat aduan sebarang salah laku membabitkan agensi penguatkuasaan di bawah seliaan EAIC.
Orang awam juga boleh mengimbas kod untuk membuat aduan sebarang salah laku membabitkan agensi penguatkuasaan di bawah seliaan EAIC.
Orang awam juga boleh mengimbas kod untuk membuat aduan sebarang salah laku membabitkan agensi penguatkuasaan di bawah seliaan EAIC.
Orang awam juga boleh mengimbas kod untuk membuat aduan sebarang salah laku membabitkan agensi penguatkuasaan di bawah seliaan EAIC.
Orang awam juga boleh mengimbas kod untuk membuat aduan sebarang salah laku membabitkan agensi penguatkuasaan di bawah seliaan EAIC.
Orang awam juga boleh mengimbas kod untuk membuat aduan sebarang salah laku membabitkan agensi penguatkuasaan di bawah seliaan EAIC.

Antara aduan lain yang diterima ialah bersikap tidak wajar, salah guna kuasa, lakukan kesalahan jenayah, rasuah, tidak mengikut undang-undang, tidak puas hati tindakan saman trafik, kesalahan berkait penjawat awam dan kesalahan berkaitan rampasan atau tangkapan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, Norhayati Ahmad, sejak suruhanjaya itu ditubuhkan pada 1 April 2011, terdapat sebanyak 6,683 aduan diterima dan 1,133 kertas siasatan dibuka, daripada jumlah itu, 1,113 kes telah berjaya diselesaikan.

"Bagi tempoh bermula tahun 2020 sehingga Februari lalu, bentuk aduan salah laku yang paling banyak diterima oleh EAIC ialah laporan pengadu yang tidak diambil tindakan sewajarnya oleh agensi penguatkuasaan berkaitan.

"Selain itu, aduan lain yang merekodkan jumlah tertinggi ialah bersikap tidak wajar seperti kasar dan mengherdik, salah guna kuasa, kesalahan jenayah contohnya dadah dan lupus barang kes, rasuah, tidak ikut undang-undang bertulis serta kesalahan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Ada juga aduan yang dibuat kerana tidak berpuas hati dengan saman yang dikeluarkan, kesalahan berkaitan penjawat awam dan kesalahan berkaitan tangkapan dan rampasan,” katanya secara eksklusif kepada Sinar Ahad.

EAIC di Putrajaya turut menempatkan kaunter aduan.
EAIC di Putrajaya turut menempatkan kaunter aduan.

Norhayati menjelaskan, mengikut Seksyen 16, 23 dan 26 Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700), setiap aduan akan dinilai melalui proses Mesyuarat Jawatankuasa Aduan.

Ujar beliau, menerusi mesyuarat itu, pihaknya akan membuat keputusan sama ada terdapat keperluan untuk menjalankan siasatan awal atau merujuk kes tersebut kepada pihak jawatankuasa tatatertib EAIC.

Bagaimanapun, katanya, jika jelas terdapat salah laku dalam aduan yang diterima, maka EAIC akan terus rujuk kesalahan tersebut kepada agensi terbabit.

"Jika salah laku yang diadukan bersifat rasuah, perkara itu akan terus dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan seterusnya. Namun jika dapatan awal mendapati kes itu tidak berasas, maka kita akan putuskan tidak teruskan siasatan.

"Biasanya ia tidak diteruskan kerana aduan yang dibuat tidak lengkap dan kemungkinan pengadu tidak beri kerjasama selain nombor telefon palsu serta laporan yang bersifat tohmahan,” ujarnya.

Beliau berkata, siasatan penuh akan dijalankan termasuklah merekod keterangan saksi, pengadu dan individu yang diadu sebagai sebahagian daripada prosedur siasatan.

Menurut Norhayati, EAIC memiliki seramai 23 pegawai penyiasat yang akan digerakkan ke lokasi kejadian selain menemu bual individu yang diperlukan untuk membantu siasatan.

"Suruhanjaya ini tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib secara langsung terhadap pegawai penguat kuasa yang didapati telah melakukan salah laku.

"Sebaliknya menerusi Akta 700 memperuntukkan kuasa kepada EAIC untuk membuat pengesyoran dan perakuan bentuk hukuman kepada agensi terlibat untuk mengambil tindakan terhadap pegawai atau anggotanya.

"Seterusnya, pihak agensi penguat kuasa ini dikehendaki memaklumkan kepada EAIC mengenai tindakan dan alasan mengenai keputusan mereka dalam tempoh 14 hari,” katanya.

Ujar Norhayati, antara syor-syor yang dikemukakan oleh EAIC untuk tindakan diambil ialah hukuman tatatertib yang setimpal, lucut hak emolumen atau turun pangkat, tahan kenaikan gaji (tidak kurang tiga dan enam bulan), amaran dan buang kerja.

Katanya lagi, syor itu dikemukakan selepas kertas siasatan selesai dan dapatan yang dibentangkan dalam mesyuarat suruhanjaya yang dipengerusikan oleh Pengerusi EAIC, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

PERNAH DIUGUT, DIMAKI HAMUN

Norhayati turut mendedahkan, ketika prosedur siasatan dijalankan, terdapat pegawai agensi penguat kuasa berkaitan yang tidak memberi kerjasama untuk hadir memberi keterangan.

"Apabila perkara ini berlaku, kita akan laporkan kepada ketua jabatan mereka untuk pegawai yang diadu ini hadir beri kerjasama.

"Jika mereka tidak boleh hadir ke sini (EAIC), kami dengan kekuatan yang ada akan ke tempat mereka,” katanya.

Bilik yang dijadikan tempat untuk proses rekod keterangan individu sebagai prosedur siasatan dijalankan.

Selain itu, kata beliau, antara cabaran lain yang dihadapi ialah kegagalan pengadu dalam memberikan maklumat dan keterangan lengkap berkaitan aduannya.

"Terdapat juga pengadu yang enggan memberikan kerjasama yang baik, mengherdik dan sukar untuk dihubungi sehingga menyukarkan EAIC menjalankan siasatan secara menyeluruh ke atas aduan mereka.

"Tidak dinafikan juga, semasa menjalankan siasatan, pegawai siasatan kita turut terdedah kepada ugutan dan lemparan kata-kata kesat dengan makian yang pada kebiasaannya datang daripada pengadu yang tidak berpuas hati dengan keputusan siasatan EAIC.

"Selain itu, ada maklum balas yang diperoleh daripada agensi penguatkuasaan yang diadukan juga kadangkala tidak menepati kriteria dan maklumat yang diperlukan oleh EAIC,” jelasnya.

Menurut Norhayati, perkara ini menyebabkan siasatan mengambil masa yang lama untuk dilengkapkan.

Justeru, katanya, EAIC telah mengambil langkah dengan mengadakan sesi libat urus bersama agensi penguatkuasaan di bawah seliaan EAIC secara berkala bagi menjalin kerjasama erat serta mencari jalan penyelesaian mengenai perkara ini.

Katanya, EAIC juga sedang giat menjalankan pengauditan dan pemantauan Prosedur Operasi Standard (SOP), membuat lawatan dan pemeriksaan ke premis agensi penguatkuasaan seliaan untuk pengesyoran penambahbaikan kepada kerajaan.

"Penelitian dan perbincangan lanjut telah dibuat bersama agensi penguatkuasaan terlibat berkenaan SOP bermasalah mereka yang telah menjadi asas kepada aduan orang ramai dan mencari jalan penyelesaian bersama,” katanya.

Norhayati sehubungan itu juga menyeru pegawai dan agensi penguatkuasaan di bawah seliaan EAIC supaya sentiasa cakna dan berusaha memperbaiki tatacara dan proses penyampaian perkhidmatan ke arah yang lebih baik.

Klik di sini untuk terus membaca