TRENTON - Sepanjang minggu lalu nama Nadia Kahf dan Humza Yousaf meniti di bibir masyarakat Islam di seluruh dunia. Nadia menjadi perhatian apabila dilantik sebagai hakim di Mahkamah Tinggi New Jersey, Amerika Syarikat (AS). Humza pula... Klik di sini untuk terus membaca

TRENTON - Sepanjang minggu lalu nama Nadia Kahf dan Humza Yousaf meniti di bibir masyarakat Islam di seluruh dunia.

Nadia menjadi perhatian apabila dilantik sebagai hakim di Mahkamah Tinggi New Jersey, Amerika Syarikat (AS).

Humza pula telah dipilih menggantikan Nicola Sturgeon sebagai pemimpin Parti Kebangsaan Scotland (SNP) merangkap Menteri Pertama Scotland.

Kedua-duanya mengangkat sumpah jawatan menggunakan kitab suci al-Quran.

Pelantikan itu menyaksikan Nadia menjadi hakim memakai hijab pertama di AS, manakala Humza muncul pemimpin Islam yang menjadi ketua negara di Eropah Utara.

SIAPA NADIA?

Wanita berusia 56 tahun ini merupakan lulusan undang-undang dan berasal dari Syria.

Nadia dan keluarganya berhijrah ke AS ketika beliau berusia dua tahun.

Walaupun Nadia bukan wanita Islam pertama yang berkhidmat sebagai hakim negeri, beliau adalah yang pertama memakai tudung dengan sempurna di kamar mahkamah.

Sejak 2003, beliau telah menganggotai lembaga Majlis Perhubungan Amerika-Islam (CAIR) bahagian New Jersey iaitu sebuah pertubuhan hak-hak sivil Muslim di mana Nadia kini berkhidmat sebagai Pengerusi.

Beliau juga merupakan penasihat undang-undang kepada Wafa House iaitu sebuah agensi antikeganasan rumah tangga yang berpangkalan di bandar Clifton dan Nadia juga merupakan Pengerusi Pusat Islam Daerah Passaic.

Apa yang menarik, Nadia menggunakan al-Quran pemberian moyangnya semasa majlis angkat sumpah jawatan di Peterson.

Difahamkan, al-Quran tulisan tangan itu sudah berada dalam simpanan keluarganya sejak tahun 1880-an lagi.

KENALI HUMZA

Humza, 37, merupakan bekas Menteri Kesihatan dalam kabinet Sturgeon.

Awal minggu lalu, beliau menang dalam persaingan untuk menjadi pemimpin baharu Scotland, orang paling muda dan pertama dari latar belakang kaum minoriti yang diberi tanggungjawab memulihkan gerakan bagi mencapai kemerdekaan negara itu daripada Britain.

Dilahir dan dibesarkan di Glasgow, Humza berasal daripada keluarga imigran Pakistan.

Humza (tiga dari kiri) muncul pemimpin Islam dilantik jadi ketua negara di Eropah Utara.
Humza (tiga dari kiri) muncul pemimpin Islam dilantik jadi ketua negara di Eropah Utara.
Humza (tiga dari kiri) muncul pemimpin Islam dilantik jadi ketua negara di Eropah Utara.
Humza (tiga dari kiri) muncul pemimpin Islam dilantik jadi ketua negara di Eropah Utara.

Bapa Humza lahir di Mian Channu, Pakistan dan berketurunan Punjabi. Manakala ibunya yang juga berketurunan Punjabi lahir di Nairobi, Kenya.

Nenek moyang ibunya dibawa ke Kenya oleh Empayar British untuk berkerja disana.

Kedua-dua orang tuanya berhijrah ke Scotland pada 1960-an sebelum bertemu dan berkahwin di sana.

Tidak lama selepas pelantikannya, Humza berkongsi foto beliau sedang memimpin keluarganya menunaikan solat pada malam pertamanya di kediaman rasmi, Bute House.

Klik di sini untuk terus membaca