SHAH ALAM - Kadar faedah konvensional dan kadar keuntungan islamik dikenakan kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membuat pinjaman bank menerusi program Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) masih dianggap tinggi. Pensyarah... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Kadar faedah konvensional dan kadar keuntungan islamik dikenakan kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membuat pinjaman bank menerusi program Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) masih dianggap tinggi.

Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Faisol Ibrahim berkata, kadar empat hingga lima peratus adalah membebankan kepada sesetengah pencarum yang hanya mempunyai pendapatan kecil.

Beliau berkata, secara tidak langsung memberi gambaran bahawa skim pinjaman berkenaan bertentangan dengan idea kerajaan untuk membantu meringankan beban rakyat, selain menggambarkan kurang kebersamaan antara bank bagi menjayakan cadangan tersebut.

"Adakah caj keuntungan dua peratus tidak mampu memberi keuntungan, sebaliknya perlu empat peratus? Adakah pihak bank hanya mengaut keuntungan berdasarkan pinjaman atau pembiayaan semata-mata daripada pelanggan?

"Atau sebenarnya bank mempunyai sumber lain bagi mengaut keuntungan dengan mengembangkan aset melalui pelaburan, simpan para pendeposit dan sebagainya lagi,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Beliau sehubungan itu menyarankan agar kerajaan berbincang dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MBSB Bank untuk mengenakan kadar satu hingga dua peratus sahaja kepada peminjam dan hanya meluluskan kepada pencarum yang benar-benar memerlukan.

Klik di sini untuk terus membaca