AWANG berasa lega walaupun ada ancaman doktor kontrak nak mogok mulai Isnin lalu, tapi rata-rata semua hospital tak alami masalah. Mereka khabarnya bekerja macam biasa. Tapi itu bukan bermakna Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) patut... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG berasa lega walaupun ada ancaman doktor kontrak nak mogok mulai Isnin lalu, tapi rata-rata semua hospital tak alami masalah. Mereka khabarnya bekerja macam biasa.

Tapi itu bukan bermakna Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) patut lupakan mereka. Mereka dah lama berjuang. Mereka mahukan masalah mereka diselesaikan. Mereka mahukan keadilan. Mereka kecewa oleh sebab selama ini tidak ada jaminan kerajaan untuk selesaikan masalah mereka.

Kerajaan pula kata tak mungkin boleh serapkan kesemua 5,000 orang doktor kontrak sekali gus. Tuk Seri Perdana Menteri pun sebut pasal kekangan kewangan untuk buat begitu.

Oleh itu, beliau bagi jaminan hal tersebut akan selesai dalam masa tiga tahun.Kata PM, KKM peruntukan RM3 bilion setahun untuk lantikan baharu secara tetap dan kontrak bagi lebih 1,500 pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi.

Awang hargai niat baik Tuk Seri PM. Awang rasa doktor kontrak pun faham hal itu. Mereka sekadar mahukan kepastian dan nak tahu apakah pelan masa depan kerajaan dalam soal ini. Nampaknya tenaga mereka diperah tapi jaminan masa depan tak ada.

Awang pun harap sangat KKM tukar strategi dalam menangani hal seperti ini. Kita semua tahu negara kekurangan doktor, tapi doktor yang ada tak dimanfaatkan sebaiknya.

Nak sampai pada tahap nak jadi doktor bukan mudah. Dah jadi doktor pelatih kena buat praktikal dan kerja kuat lagi.

Bertimbang rasalah pada mereka. Mereka anak-anak muda kita yang mahu berbakti pada negara.

Klik di sini untuk terus membaca