HAL pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tak habis-habis jadi modal politik. Menjelang hari raya ini semakin lantanglah desakan agar wang KWSP boleh dikeluarkan.
Sebelum ini, semasa pandemik Covid-19, hal yang sama berlaku. Atas desakan pencarum, kerajaan terpaksa benarkan pengeluaran.
Khabarnya sejumlah RM62 bilion telah dikeluarkan dari akaun pencarum di KWSP.
Awang faham ramai rakyat yang hidup susah. Keadaan ekonomi dan kesan pandemik masih terasa.
Tapi Awang kurang setuju langkah mengeluarkan KWSP untuk hari raya misalnya.
Kita perlu ingat apa tujuan caruman KWSP. Ia adalah simpanan hari tua.
Kalau ikut statistiknya seramai 5.1 juta atau 76 peratus pencarum bumiputera yang berumur bawah 55 tahun ada simpanan kurang dari RM10,000 sahaja.
Awang tak tahulah apakah cagarkan simpanan KWSP sebagai pinjaman bank satu langkah yang baik.
Jikalau tidak guna pinjaman bank, duit itu akan lesap begitu sahaja.
Bagaimanakah mereka hendak menampung hidup pada hari tua? Soalan Awang, jikalau pencarum tak bayar pinjaman bank macam mana?
Awang harap ahli Parlimen janganlah ambil langkah populis dalam hal ini.
Fikirkan masa depan pencarum, jangan jadikan ini bahan politik semata-mata.
Klik di sini untuk terus membaca