SHAH ALAM - Sebarang cadangan pentadbiran baharu Kerajaan Negeri Melaka untuk mewujudkan semula jawatan Timbalan Exco perlu berlandaskan inisiatif kajian terperinci dan tidak bersifat terburu-buru. Pengerusi DAP Melaka, Datuk Tey Kok Kiew... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Sebarang cadangan pentadbiran baharu Kerajaan Negeri Melaka untuk mewujudkan semula jawatan Timbalan Exco perlu berlandaskan inisiatif kajian terperinci dan tidak bersifat terburu-buru.

Pengerusi DAP Melaka, Datuk Tey Kok Kiew berkata, sehingga kini, pihaknya tidak pernah terlibat dalam mana-mana perbincangan dengan Ketua Menteri baharu, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sama ada dari sudut rundingan agihan kuota jawatan Exco untuk wakil rakyat parti itu atau pun diskusi cadangan mewujudkan jawatan Timbalan Exco.

Beliau berkata, sekiranya cadangan itu memang benar dikemukakan, DAP berharap pentadbiran baharu meneliti bentuk skop kerja terbaik bagi jawatan berkenaan.

"Selain itu, saya juga meminta pentadbiran kerajaan baharu ini untuk meneliti sama ada proses pelantikan jawatan Timbalan Exco itu benar-benar memenuhi keperluan dan kemampuan kos pentadbiran kerajaan.

"Sebelum ini, jawatan Timbalan Exco memang wujud sehingga zaman pentadbiran Datuk Seri Idris Haron (bekas Ketua Menteri). Bagaimanapun, jawatan itu dimansuhkan sewaktu zaman pentadbiran kerajaan PH atas faktor penjimatan kos selain tidak mahu ada pertindihan peranan,” ujarnya kepada Sinar Premium.

Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan jawatan Timbalan Exco mungkin bakal diwujudkan dalam struktur pentadbiran kerajaan negeri baharu di Melaka dengan membabitkan beberapa portfolio.Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk memastikan parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan dapat menganggotai barisan dalam struktur kerajaan negeri.

Sementara itu, ADUN Asahan, Fairul Nizam Roslan menyokong penuh cadangan supaya mewujudkan semula jawatan Timbalan Exco.

Jelas Ketua Pemuda UMNO Melaka itu, langkah mengadakan semula jawatan berkenaan amat penting demi memastikan setiap maklumat berkaitan keputusan mesyuarat penting kerajaan negeri akan dapat disampaikan ke peringkat ADUN penyokong kerajaan (backbenchers) dengan lebih cepat.

"Apabila diwujudkan semula jawatan itu, sudah pasti kerajaan negeri perlu teliti semula soal kos pentadbiran kerajaan dan fungsi pelantikan itu kelak.

"Tetapi saya sangat bersetuju sekiranya Ketua Menteri baharu mewujudkan jawatan berkenaan kerana ia amat membantu mempercepatkan penyampaian maklumat berkenaan portfolio Exco masing-masing ke peringkat backbenchers,” jelasnya.

Klik di sini untuk terus membaca