PEKARANGAN Masjid al-Aqsa (Haram al-Sharif) merupakan tapak suci yang menjadi pertikaian selama beberapa dekad di Baitulmaqdis Timur. Rejim Zionis sekali lagi mencetuskan kemarahan komuniti antarabangsa selepas melancarkan serangan ganas... Klik di sini untuk terus membaca

PEKARANGAN Masjid al-Aqsa (Haram al-Sharif) merupakan tapak suci yang menjadi pertikaian selama beberapa dekad di Baitulmaqdis Timur.

Rejim Zionis sekali lagi mencetuskan kemarahan komuniti antarabangsa selepas melancarkan serangan ganas secara berterusan ke atas jemaah Palestin menjelang fasa pertengahan bulan Ramadan.

Esplanad segi empat tepat seluas 14 hektar di sudut tenggara Kota Lama itu telah diduduki Israel sejak Perang Enam Hari pada tahun 1967 bersama dengan seluruh kawasan Baitulmaqdis Timur di bawah pendudukan yang tidak pernah diiktiraf komuniti antarabangsa.

Lawatan kontroversi bekas Perdana Menteri, Ariel Sharon ke Haram al-Sharif telah mencetuskan protes besar-besaran ketika kejadian pada September 2000.

Rejim Tel Aviv menganggap seluruh Baitulmaqdis sebagai ibu negara yang tidak boleh dibahagikan manakala Palestin menuntut sektor timur termasuk Kota Lama dan tapak suci sebagai ibu negara mereka pada masa depan.

Kawasan yang digelar Haram al-Sharif itu menempatkan al-Aqsa dan Masjid Kubah Batu yang terkenal dengan kubah emasnya.

Al-Aqsa menjadi saksi peristiwa Israk dan Mikraj ke atas Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram ke Baitulmaqdis sebelum diangkat hingga ke langit ketujuh.

Penduduk Palestin berang selepas dilarang memasuki al-Aqsa untuk menunaikan solat Jumaat ketika insiden pada Oktober 2015.

Mukjizat agung itu menjadikan al-Aqsa sebagai masjid ketiga paling suci orang Islam selepas Masjidil Haram di Makkah dan Masjib Nabawi di Madinah yang terletak di Arab Saudi.

Tembok Barat atau Tembok Ratapan, peninggalan sisa struktur Kuil Kedua yang dimusnahkan tentera Rom sekitar tahun 70 Masihi yang terletak di bawah esplanad pula merupakan kawasan suci orang Yahudi.

Dalam bahasa Ibrani, seluruh kawasan itu digelar sebagai Har Habayit (Gunung Kuil).

Al-Aqsa ditadbir oleh Jordan dengan penyelarasan bersama Palestin, namun akses ke tapak suci itu dikawal oleh pihak berkuasa rejim Zionis.

Jambatan Mughrabi yang merupakan laluan ke Tembok Barat atau Tembok Ratapan.

Konvensyen selama beberapa dekad membenarkan Muslim memasuki kawasan tersebut pada bila-bila masa manakala golongan bukan Islam diberi akses sama pada waktu tertentu dan dilarang melakukan sebarang upacara keagamaan.

Tetapi, perjanjian status quo tersebut dilanggar berulang kali oleh Israel yang bertindak menutup pintu masuk ke masjid berkenaan.

Ia diburukkan lagi dengan tindakan pelampau Yahudi yang merancang membina kuil baharu serta perbuatan provokasi mereka yang beribadat di tapak suci tersebut.

Lokasi tersebut telah sekian lama menjadi titik pertemuan konflik antara Israel dan Palestin dengan ketegangan biasanya memuncak ketika bulan Ramadan.

Provokasi melampau paling tidak boleh dilupakan adalah apabila bekas Perdana Menteri, Ariel Sharon mengadakan lawatan ke Haram al-Sharif hingga membangkitkan Intifada Kedua pada tahun 2000 hingga 2005 yang meragut lebih 4,300 nyawa.

Penunjuk perasaan Palestin membakar bendera Israel dan barisan menteri 'ekstremis' di bawah pimpinan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu sebagai tanda solidariti.

Kronologi

- Pada 2017, Haram al-Sharif pernah ditutup sementara selepas tiga penduduk Arab Israel melepaskan tembakan ke arah polis berhampiran masjid itu. Dua daripadanya bagaimanapun maut ditembak.

- Pada 2019, insiden pertempuran antara polis rejim Zionis dan jemaah di kawasan Haram al-Sharif telah menyebabkan puluhan penduduk Palestin cedera.

- Ketika bulan Ramadan pada 2021, pihak berkuasa Israel menyerbu ke dalam al-Aqsa untuk mengusir jemaah yang sedang iktikaf. Tindakan kekerasan melampau itu telah mencetuskan peperangan berlarutan selama 11 hari antara Israel dan gerakan Hamas yang mentadbir Genting Gaza.

- Pada musim bunga 2022, kawasan Haram al-Sharif menyaksikan pertempuran ganas terbaharu yang mengakibatkan ratusan penduduk Palestin cedera.

- Pada Januari lalu, kunjungan kontroversi Menteri Keselamatan Negara, Itamar Ben-Gvir telah mengundang kemarahan penduduk Palestin dan meningkatkan ketegangan di wilayah itu yang berterusan hingga kini.

Klik di sini untuk terus membaca