DALAM isu pelantikan orang politik melibatkan badan berkanun atau GLC, Awang sokong wartawan veteran Tuk Kadir Jasin 100 peratus. Terbaru, Kadir tegur kerajaan kerana melantik mantan Ahli Parlimen Baling, Tuk Seri Abdul Azeez Rahim sebagai... Klik di sini untuk terus membaca

DALAM isu pelantikan orang politik melibatkan badan berkanun atau GLC, Awang sokong wartawan veteran Tuk Kadir Jasin 100 peratus.

Terbaru, Kadir tegur kerajaan kerana melantik mantan Ahli Parlimen Baling, Tuk Seri Abdul Azeez Rahim sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda).

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri dalam satu majlis berbuka puasa di Pekan Jitra, dua hari lepas.

Ini bukan pertama Tuk Seri Zahid buat pengumuman pelantikan dalam majlis yang tak rasmi. Sebelum ini, beliau umumkan pelantikan semula mantan Ahli Parlimen Machang Tuk Ahmad Jazlan sebagai Pengerusi Felcra.

Yang jadi tanda tanya, beliau arahkan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (Datuk Ramlan Harun) untuk mengeluarkan surat pelantikan semula "sesegera yang mungkin”. Bagaimanapun beliau kata semua itu "tertakluk kepada persetujuan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah”.

Macam Kadir tulis, pelantikan orang politik dalam badan berkanun dan GLC bertentangan dengan prinsip Kerajaan Madani. Lagipun itu janji pilihan raya Pakatan Harapan (PH).

Betul kata Kadir, jangan sampai ada dua ‘kerajaan’ dalam satu negeri – kerajaan PM dan kerajaan TPM.

Siapa yang berkuasa atas siapa?

Klik di sini untuk terus membaca