AWANG faham mengapa ramai pencarum memilih untuk tak mahu gunakan kemudahan pinjaman untuk keluarkan caruman mereka. Banyak yang anggap kadar faedahnya terlalu tinggi, sampai 5 peratus. Hal ini sebetulnya tak membantu pencarum yang... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG faham mengapa ramai pencarum memilih untuk tak mahu gunakan kemudahan pinjaman untuk keluarkan caruman mereka. Banyak yang anggap kadar faedahnya terlalu tinggi, sampai 5 peratus.

Hal ini sebetulnya tak membantu pencarum yang betul-betul memerlukan.

Jikalau tengok Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN) kadarnya hanya satu hingga dua peratus sahaja. Lagipun pinjaman PTPTN tak ada cagaran langsung.

Awang memang tak setuju pencarum keluarkan duit yang sepatutnya digunakan untuk hari tua. Misalnya untuk tujuan hari raya. Atau untuk membeli belah. Tapi Awang faham ada keadaan di mana ada keperluan untuk pengeluaran itu.

Tapi nampaknya pinjaman melalui bank bukanlah pilihan yang terbaik.

Awang setuju dengan pandangan pakar kewangan bahawa kadar itu patut diturunkan. Ini merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi bank yang terbabit. Lagipun bank buat untung banyak.

Dua bank yang terlibat itupun bukanlah bank komersial sepenuhnya macam bank lain-lain. Jadi elok sangatlah kadar itu diturunkan.

Pada masa ini, rakyat kita banyak berhutang. Ada yang gaji habis bayar hutang bulanan. Potong sana potong sini, amat sedikit duit untuk makan minum dan sekolah anak. Memanglah ramai yang tak mahu tambah tanggungan hutang bulanan.

Skim ini jadi lebih ganjil sebab pencarum kena buat pinjaman pada simpanan sendiri.

Oleh sebab itu, kerajaan kena cari kaedah lain bagi mereka yang betul-betul memerlukan.

Klik di sini untuk terus membaca