SHAH ALAM - Sebanyak 16 jenis mercun dan bunga api popular diseludup ketika musim perayaan direkod Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dengan menggunakan pelbagai modus operandi. Bagi kategori bunga api ialah pop pop, fountain, glow of... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Sebanyak 16 jenis mercun dan bunga api popular diseludup ketika musim perayaan direkod Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dengan menggunakan pelbagai modus operandi.

Bagi kategori bunga api ialah pop pop, fountain, glow of sunset serta sunset cherry manakala kategori mercun membabitkan jenis thunder clap, happy boom ycot, football cracker, mancis, mercun papan, mercun bola, mercun ketupat, jumbo power, botol, city light, 138 shot dan 28 shot.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad berkata, sindiket penyeludupan mercun dari China sering menggunakan modus operandi yang berubah-ubah.

Sazali. - Foto SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB

Menurutnya, antara yang dikenal pasti adalah pengikraran palsu dari segi kuota pengimportan di mana mercun dan bunga api ini dibawa masuk melebihi kuota yang ditetapkan dalam permit import atau ikrar sebagai barangan tidak berduti.

"Kedua, terdapat juga mercun dan bunga api yang disorok bersama barangan lain di mana kebiasaannya disorok di dalam lori yang melalui sempadan negara.

"Ketiga, penyeludupan melalui jalan laut dan darat seperti laluan tikus yang dilakukan secara kecil-kecilan,” katanya eksklusif kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Beliau berkata, kastam mengesan terdapat syarikat yang diberi lesen sah menyalahgunakan kemudahan yang diberi oleh agensi berkaitan termasuklah menyeludup mercun yang tidak disenarai dalam permit.

Katanya, siasatan dan risikan dijalankan untuk mengenal pasti siapa dalang kerana pihak kastam percaya kegiatan penyeludupan ini bukan hanya tertumpu dengan menyeludup masuk mercun, sebaliknya turut membawa masuk rokok dan arak tidak bercukai.

"Sindiket beroperasi berasaskan permintaan pasaran. Dia melihat apa barang yang popular di pasaran.

"Sindiket tidak fokus pada mercun sahaja kerana mereka juga terlibat dengan penyeludupan barangan kontraban seperti rokok dan arak. Biasanya trend penyeludupan ini dikesan dalam tempoh satu atau dua bulan sebelum musim perayaan,” ujarnya.

JKDM merampas sejumlah mercun yang diseludup masuk ketika musim perayaan. - Foto SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB

Tambah Sazali, pihaknya percaya sindiket ini mempunyai rangkaian termasuklah peranan ejen, tonto hinggalah peringkat pembeli.

"Sudah tentu mereka ada ejen dan tonto untuk melancarkan pergerakan operasi. Ejen atau orang bawahan ini juga tidak mengenali siapa dalang kegiatan itu dan kerana itu kita berdepan cabaran untuk mengesan siapa dalang terlibat.

"Mercun dan bunga api yang dibawa dari pelabuhan menggunakan kontena akan dihantar ke stor atau gudang simpanan sebelum diedar ke seluruh negara berdasarkan permintaan,” katanya.

ELAK CUKAI

Ujarnya lagi, faktor penyeludupan berlaku kerana mahu mengelak cukai import sebanyak 50 peratus dan cukai jualan sebanyak 10 peratus yang dikenakan ke atas nilai setiap kilogram mercun dan bunga api.

"Bagi mengelakkan cukai tinggi, individu akan melakukan penyeludupan untuk memastikan keuntungan diperoleh secara maksimum.

"Kegiatan masih berlaku kerana terdapat permintaan tinggi di musim perayaan. Transaksi penyeludupan mercun juga menyumbang kepada ekonomi gelap bagi membiayai aktiviti penyeludupan lain,” jelasnya.

Bagaimanapun, kata Sazali, kastam sentiasa memeriksa secara rapi ke atas kontena yang disyaki membawa mercun dan bunga api melalui pelabuhan.

"Kita juga meningkatkan pemeriksaan ke atas kenderaan perdagangan dan kenderaan persendirian semasa musim perayaan semasa masuk ke Malaysia melalui pintu masuk sah seperti Bukit Kayu Hitam, Kedah; Padang Besar, Perlis; Rantau Panjang, Pengkalan Kubor di Kelantan dan Pengkalan Hulu, Perak.

"Dalam pada itu, mesin pengimbas juga digunakan secara menyeluruh untuk membuat pemeriksaan ke atas kontena selain operasi khas setiap musim perayaan untuk mengekang penyeludupan mercun,” katanya.

Antara mercun yang dirampas kastam selepas dikesan cuba diseludup masuk ke dalam negara. - Foto SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB

Justeru, kastam secara berterusan menjalankan aktiviti penguatkuasaan bagi mengekang penyeludupan kerana ia boleh menyebabkan ketirisan hasil dalam negara selain aspek keselamatan.

"Kita perlu elakkan kejadian tidak diingini dan hasil kerajaan dapat dilindungi. Sekiranya penyeludupan berleluasa ia beri kesan kepada peniaga yang membayar cukai.

"Orang ramai ada maklumat tentang kes penyeludupan boleh hubungi pejabat kastam terdekat di Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau pejabat kastam yang terdekat di semua negeri. Pihak kastam juga memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca