SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menjelaskan secara amnya Malaysia adalah negara yang mempunyai tahap keseismikan rendah kecuali di Sabah. Ketua Pengarah MET Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah menjelaskan, pihaknya... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menjelaskan secara amnya Malaysia adalah negara yang mempunyai tahap keseismikan rendah kecuali di Sabah.

Ketua Pengarah MET Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah menjelaskan, pihaknya sentiasa memantau sebarang aktiviti gempa bumi di Malaysia dan akan memaklumkan kepada pihak awam mengikut prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.

"Kebanyakan gempa bumi yang berlaku di Malaysia terjadi di kawasan garis sesar aktif di Sabah antaranya Garis Sesar Lobou-Lobou dan Garis Sesar Mensaban.

"Selain dua gempa bumi iaitu di Ranau pada tahun 2015 dan Lahad Datu pada 1976, gempa bumi di tempat-tempat lain amnya adalah bermagnitud kecil dan tidak mendatangkan kerosakan berskala besar," ujarnya kepada Sinar Premium.

MUHAMMAD HELMI
MUHAMMAD HELMI
MUHAMMAD HELMI

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan, adakah Malaysia turut berkemungkinan menjadi negara gempa dalam tahun-tahun mendatang.

Kebimbangan mula timbul berikutan gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud yang melanda selatan Turkiye dan utara Syria pada 6 Februari lalu selain beberapa siri gempa lain di Jepun dan Indonesia baru-baru ini.

Untuk rekod, di Asia Tenggara gempa paling buruk pastinya gempa bumi bermagnitud 9.1 skala Richter di Acheh, Indonesia pada 26 Disember 2004 yang turut mencetuskan gelombang tsunami dahsyat sehingga meragut lebih 200,000 nyawa.

Selain Sri Lanka, India dan Thailand, Malaysia turut terkesan apabila ombak besar daripada tsunami tersebut membadai pantai-pantai Pulau Pinang dan selatan Kedah hingga mengakibatkan seramai 68 mangsa terkorban.

Siri gempa bumi seluruh dunia pada 2023.

Muhammad Helmi menambah, negara yang terletak di kawasan Lingkaran Api Pasifik adalah negara yang paling kerap mengalami kejadian gempa bumi.

Cuma katanya, Malaysia tetap menerima tempias gegaran apabila berlaku gempa bumi berskala sederhana dan kuat di negara jiran dengan tahap keseismikan tinggi seperti Indonesia dan Filipina.

Buktinya baru-baru ini, kesan gegaran gempa bumi bermagnitud 6.2 yang melanda Wilayah Nias, Sumatera Utara, Indonesia pada 3 April turut dirasai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Sambil mengingatkan agar rakyat tidak berasa panik, beliau turut berkata, usaha kerajaan untuk melaksanakan langkah-langkah mitigasi atau untuk mengurangkan impak bencana akibat gempa bumi adalah satu keperluan di kawasan yang mempunyai penduduk dan mempunyai sejarah kejadian gempa bumi dirasai.

Peta bahaya gempa bumi di Sabah.
Peta bahaya gempa bumi di Sabah.
Peta bahaya gempa bumi di Sabah.
Peta bahaya gempa bumi di Sabah.
Peta bahaya gempa bumi di Sabah.
Peta bahaya gempa bumi di Sabah.

Klik di sini untuk terus membaca