BAITULMAQDIS - Israel telah melancarkan serangan udara di selatan Lubnan dengan menyasarkan kedudukan kumpulan Hamas Palestin yang didakwa melancarkan puluhan roket ke utara negara itu, lapor Al-Jazeera. Pelancaran roket itu berlaku selepas... Klik di sini untuk terus membaca

BAITULMAQDIS - Israel telah melancarkan serangan udara di selatan Lubnan dengan menyasarkan kedudukan kumpulan Hamas Palestin yang didakwa melancarkan puluhan roket ke utara negara itu, lapor Al-Jazeera.

Pelancaran roket itu berlaku selepas polis Israel menyerbu masuk ke dalam masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis, tidak sampai tempoh 24 jam secara berturut-turut pada minggu ini.

25 roket berjaya dipintas Tentera Israel menerusi ciapan di Twitter mendakwa sebanyak 34 roket ditembak dari Lubnan dan 25 daripada berjaya dipintas, sementara empat lagi mendarat di negara itu.

Ia merupakan roket pertama dilancarkan dari Lubnan menuju ke Israel sejak April lalu dan pelancaran terbesar sejak Israel serta kumpulan Syiah Lubnan bertempur dengan Hizbullah pada tahun 2006.

Dalam serangan terbaharu itu, tiga orang cedera akibat terkena serpihan roket dan beberapa lagi menerima rawatan akibat terkejut.

Bagaimanapun, tiada laporan kemalangan jiwa apabila kebanyakan roket terjatuh di kawasan lapang.

Namun, selepas insiden tersebut, kerajaan Lubnan berkata, tenteranya dan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah melancarkan siasatan untuk mencari pelaku berkenaan.

Seorang lelaki memegang serpihan roket selepas Israel melancarkan serangan balas ke Lubnan.
Seorang lelaki memegang serpihan roket selepas Israel melancarkan serangan balas ke Lubnan.
Seorang lelaki memegang serpihan roket selepas Israel melancarkan serangan balas ke Lubnan.
Seorang lelaki memegang serpihan roket selepas Israel melancarkan serangan balas ke Lubnan.
Seorang lelaki memegang serpihan roket selepas Israel melancarkan serangan balas ke Lubnan.

Pada Jumaat, tentera Lubnan berkata, mereka menemui pelancar roket termasuk beberapa roket di bandar Marjaajoun berhampiran sempadan Israel.

Siapa menembak roket? Setakat ini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab melancarkan puluhan roket itu yang berlaku ketika polis Israel menyerbu jemaah Palestin di masjid al-Aqsa baru-baru ini sehingga mencetuskan kecaman global terhadap tindakan rejim zionis.

Bagaimanapun, Israel mempercayai roket tersebut dilancarkan selepas insiden serbuan pada Jumaat lalu.

Jurucakap tentera Israel, Richard Hect berkata, pelakunya berkemungkinan Jihad Islam Palestin atau Hamas, kedua-duanya berpangkalan di Gaza dan Lubnan.

Tambahnya, mereka mempercayai bahawa kumpulan Hizbullah dan kerajaan Lubnan menyedari apa yang berlaku serta siapa bertanggungjawab.

Dalam kenyataan berasingan, jurucakap tentera Israel, Avichay Adraee menulis menerusi ciapan Twitter - ‘Kami sedang menyiasat sama ada Iran terbabit dalam pelancaran roket dari Lubnan’.

Sebenarnya, Hamas dan Hizbullah adalah sekutu Iran.Baru-baru ini mereka mengumumkan operasi bilik gerakan bersama.

Bagaimanapun, wakil Hamas di Lubnan, Ahmed Abdel Hadi memberitahu akhbar An-Nahar bahawa mereka tidak mempunyai maklumat mengenai roket dilancarkan dari Israel.

"Sumber keselamatan menyatakan ia dilakukan oleh kumpulan bersenjata Palestin.

"Segelintir penganalis berkata kumpulan itu tidak boleh bertindak tanpa pengetahuan dan sokongan Hizbullah apabila kumpulan Lubnan ‘berkuasa di selatan negara berkenaan’,” lapor wartawan Al-Jazeera, Zeina Khodr.' Mohanad Hage Ali dari Carnegie Middle East Center, memberitahu Al Jazeera bahawa sejak beberapa tahun lalu sebilangan besar pegawai dan wakil Hamas muncul di Lubnan.

Al-Jazeera yang menghubungi beberapa pegawai di Semenanjung Gaza dan Lubnan serta kumpulan Jihad Islam Palestin, gagal mendapatkan sebarang komen lanjut.

Seorang pegawai ke-selamatan Lubnan yang enggan dikenali berkata, mereka percaya roket tersebut dilancarkan oleh kumpulan bersenjata Palestin berpangkalan di Lubnan. - Agensi

Klik di sini untuk terus membaca