JAKARTA - Gara-gara mahu cepat kaya, nyawa akhirnya melayang di tangan dukun auta. Pada minggu lalu, Indonesia digemparkan dengan penahanan pembunuh bersiri, Mbah Slamet yang memperdaya mangsa kononnya dia mampu menggandakan wang. Slamet... Klik di sini untuk terus membaca

JAKARTA - Gara-gara mahu cepat kaya, nyawa akhirnya melayang di tangan dukun auta.

Pada minggu lalu, Indonesia digemparkan dengan penahanan pembunuh bersiri, Mbah Slamet yang memperdaya mangsa kononnya dia mampu menggandakan wang.

Slamet Tohari, 45, diberkas di rumahnya di Desa Balun, Banjarnegara bersama rakan subahatnya, BS yang mempromosikan perkhidmatan penggandaan wang di media sosial dan berjaya menarik perhatian mangsa yang terdesak mahu memperoleh jumlah wang yang banyak dalam tempoh singkat.

Mbah Slamet dipercayai telah membunuh mangsa-mangsanya sejak tahun 2020 tanpa diketahui pihak berkuasa.

Kegiatannya bagaimanapun terbongkar selepas polis Banjarnegara menjalankan siasatan berhubung kehilangan mangsa terbaharunya apabila keluarga individu tersebut gagal menghubunginya sejak 24 Mac lalu.

"Mangsa dari Sukabumi, Jawa Barat memaklumkan kepada anak lelakinya supaya menghubungi polis jika dia tidak pulang menjelang 26 Mac lalu setelah dia berasa sesuatu yang buruk bakal menimpa dirinya,” kata Ketua Polis Banjarnegara, Hendri Yulianto.

Penemuan menggemparkan sembilan korban kekejaman Mbah Slamet yang ditanam di dalam tiga lubang di Desa Balun, Kecamatan Wanayasa, Banjarnegara.

Pihak berkuasa kemudiannya menemui mayat mangsa dipercayai mati diracun di sebuah ladang.

Beberapa lagi kubur mengandungi jasad mangsa lain turut dijumpai dan siasatan mendapati kebanyakannya adalah dari luar Banjarnegara termasuk Palembang.

Siasatan awal polis mendapati, dia telah membunuh sekurang-kurangnya 12 mangsa melalui ritual yang dilakukan di kediamannya.

Struktur bercat biru dan putih bersebelahan rumahnya dipercayai menjadi tempat dia melakukan ritual bersama mangsanya.
Struktur bercat biru dan putih bersebelahan rumahnya dipercayai menjadi tempat dia melakukan ritual bersama mangsanya.

TAK KENAL MANGSA

Tempat ritual dukun tersebut dikatakan terletak bersebelahan rumahnya.

Struktur bercat biru dan putih itu turut berkunci dan bahagian luarnya terdapat dua sangkar burung yang digantung.

Bagaimanapun, tiada penemuan aneh di ruang tersebut yang hanya beralaskan tikar dan terdapat sebuah lubang berbentuk segi empat tepat dan berkedalaman 10 sentimeter dipercayai tempat dia menyimpan wang milik mangsa.

Menurut isterinya, Seneh, 49, struktur tersebut telah lama dibina.

Lubang segi empat tepat dipercayai menjadi tempat simpanan wang milik kesemua mangsa di lokasi ritual bersebelahan rumahnya.
Lubang segi empat tepat dipercayai menjadi tempat simpanan wang milik kesemua mangsa di lokasi ritual bersebelahan rumahnya.
Lubang segi empat tepat dipercayai menjadi tempat simpanan wang milik kesemua mangsa di lokasi ritual bersebelahan rumahnya.
Lubang segi empat tepat dipercayai menjadi tempat simpanan wang milik kesemua mangsa di lokasi ritual bersebelahan rumahnya.

"Tidak banyak yang saya tahu tentang ruang tersebut. Tetapi, saya dilarang masuk ke situ ketika ritual itu sedang dilakukan.

"Kebiasaannya, tetamu akan terus pulang apabila ritual sudah selesai,” jelasnya yang juga tidak tahu-menahu aktiviti kejam suaminya walaupun sudah hidup bersama selama 25 tahun.

Ketika disoal siasat polis, Mbah Slamet dengan selamba mengakui dia tidak mengenali mangsa-mangsa yang menjadi korbannya termasuk dua beranak dari Magelang yang dilaporkan hilang sejak tahun 2021.

Pada Sabtu, dua korban dukun palsu itu yang telah dikenal pasti, Irsad dan Wahyu Triningsih dari Kabupaten Pesawaran, Lampung akhirnya dikebumikan.

Ahli keluarga mereka yang nyata sedih berharap Mbah Slamet akan dihukum mati.

"Dia sepatutnya dijatuhi hukuman yang berat atas perbuatannya yang membunuh orang tanpa perikemanusiaan,” kata salah seorang ahli keluarga Wahyu dalam nada kesal. - Agensi

Klik di sini untuk terus membaca