SHAH ALAM - Orang ramai sudah mula sibuk menghantar kenderaan mereka ke bengkel-bengkel yang berdekatan untuk diselenggara sebelum pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi. Tinjauan Sinar... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Orang ramai sudah mula sibuk menghantar kenderaan mereka ke bengkel-bengkel yang berdekatan untuk diselenggara sebelum pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, kesibukan di bengkel sekitar Lembah Klang dijangka berterusan dan meningkat terutamanya menjelang dua minggu sebelum sambutan hari raya.

Namun, pada masa yang sama, pemilik bengkel turut berdepan dengan dilema kenaikan harga membabitkan hampir keseluruhan barang-barang alat ganti untuk kenderaan.

NOOR HAZMIR SHAH
NOOR HAZMIR SHAH

Pengurus Bengkel AMR Technik Fastec TTDI Jaya, Noor Hazmir Shah Hamzah, 43, berkata, keseluruhan barang alat ganti kenderaan dianggarkan mengalami kenaikan sebanyak hampir 50 peratus.

"Contoh kenderaan model seperti Toyota Vellfire, ia ada shaft pengimbang. Rutin shaft pengimbang ini selalunya, setiap 100,000 kilometer kereta itu, ia perlu ditukar.

"Ramai orang pakai kenderaan model ini, jadi permintaan akan meningkat dan bila tinggi, kadang-kadang ada masa kita nak order (pesan), barang itu habis stok.

Mekanik sedang membaiki salah satu kenderaan di bengkel sekitar Shah Alam.

"Bila ada stok balik, harganya akan berbeza dalam RM1,300 atau RM1,400 sedangkan harga asal (yang biasa kita jual) adalah dalam RM600,” katanya.

Ujar Noor Hazmir Shah yang berasal daripada Puchong itu, selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), harga sebahagian besar alat ganti kenderaan mula meningkat sedikit demi sedikit sehinggakan ada yang mencecah dua kali ganda daripada harga asal.

Dalam pada itu, pemilik Zamri Auto Garage, Mohd Zamri Hashim, 62, berkata, kenaikan harga barang alat ganti kenderaan turut mempengaruhi kos perkhidmatan bengkel tersebut.

MOHD ZAMRI

"Memang kenaikan harga ini beri kesan kepada kita tetapi kebiasaannya sebelum saya buat (selenggara), saya akan beritahu jumlah harga selenggara kepada pelanggan.

"Kalau mereka setuju, saya akan teruskan. Maknanya pelanggan dah tahu harga dan kalau mereka nak cari tempat lain itu terpulang,” menurutnya.

CHAH LOONG
CHAH LOONG
CHAH LOONG
CHAH LOONG
CHAH LOONG
CHAH LOONG
CHAH LOONG
CHAH LOONG
CHAH LOONG
CHAH LOONG

Sementara itu, mekanik Pusat Bengkel Auto Kin, How Chah Loong, 36, berkata, ramai juga pelanggan yang terkejut dengan kenaikan harga alat ganti dan servis kenderaan mereka kerana tidak mempunyai bajet yang mencukupi untuk menampung kos tersebut.

"Contohnya radiator kereta, dulu kita beli dengan RM200 lebih tetapi sekarang boleh cecah dalam RM300.

"Kadang-kadang pelanggan macam terkejut sebab mereka dah buat pengiraan seperti sebelum berlaku kenaikan harga. Jadi mereka mungkin tak cukup wang dan sebagainya.

"Kita bukan sengaja naikkan harga servis tetapi alat ganti pun naik harga. Jadi kita terpaksa naikkan juga upah,” jelasnya.

Klik di sini untuk terus membaca