SHAH ALAM - Cadangan agar pekerja dibenarkan bekerja sehingga umur 65 tahun atas kerelaan mereka sendiri perlu diperhalusi sekiranya ingin dilaksanakan termasuk merangkumi tahap kesihatan, kebolehupayaan dan jenis pekerjaan yang dilakukan.
Pensyarah Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Safiya Amaran berkata, kriteria umur itu merupakan satu perkara yang subjektif dan sukar untuk diukur kerana keupayaan seseorang dalam bekerja adalah berbeza.
"Memang bilangan orang yang berumur 60 tahun ke atas di Malaysia ini semakin ramai tetapi tidak bermakna mereka dalam keadaan sihat.
"Kementerian Kesihatan sebelum ini memaklumkan pada tahun 2019, sebanyak 3.6 juta orang di negara ini menghidap diabetes dan dijangka ada tujuh juta orang berumur 18 tahun ke atas menghidap diabetes pada tahun 2025.
Pada Ahad, Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM) mencadangkan agar pekerja di negara ini dibenarkan bekerja sehingga umur 65 tahun atas kerelaan mereka sendiri susulan perdebatan umur persaraan rasmi negara.
Dalam pada itu, ujar Dr Safiya yang juga pakar perubatan kesihatan awam berkata, umur itu sendiri tidak menggambarkan tahap keupayaan seseorang dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
"Ada banyak aspek yang perlu diperhalusi (dalam cadangan tersebut), maksudnya dari segi keupayaan, penyakit, jenis pekerjaan dan kena ambil kira juga bilangan orang muda yang memerlukan pekerjaan dalam bidang itu,” ujarnya.
Klik di sini untuk terus membaca