PADA bulan Ramadan ini banyaklah cerita tentang pembaziran makanan. Surat khabar ini pun dah banyak kali bangkitkan isu berkenaan. Ada juga ditimbulkan soal peniaga bazar Ramadan yang terpaksa buang makanan yang tak laku. Itu nampaknya tak... Klik di sini untuk terus membaca

PADA bulan Ramadan ini banyaklah cerita tentang pembaziran makanan. Surat khabar ini pun dah banyak kali bangkitkan isu berkenaan.

Ada juga ditimbulkan soal peniaga bazar Ramadan yang terpaksa buang makanan yang tak laku.

Itu nampaknya tak boleh dielakkan. Jika simpan lama, makanan kurang elok atau basi, jadi masalah lain pula.

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir ada sebutkan bahawa sisa makanan semasa Ramadan meningkat. Kata beliau dalam tempoh lima tahun ia meningkat 21 peratus.

Awang sebetulnya tak terperanjat tentang hal itu. Awang terbaca di mana-mana bahawa rakyat Malaysia (tak kira bangsa dan agama) memang banyak membazirkan makanan.

Khabarnya dalam sehari sebanyak 15,000 tan makanan terbuang.

Dalam dunia hari ini 800 juta manusia dalam kelaparan. Ratusan ribu kanak-kanak mati kebuluran setiap tahun dan jutaan lain hidup dengan makanan yang tidak cukup zat.

Awang rasa soal pembaziran makanan ini dah jadi satu krisis di negara kita.

Satu masa dulu ada NGO yang kumpulkan makanan yang tak habis di restoran untuk diagih-agihkan kepada yang memerlukan.

Awang rasa patut sangat NGO Islam pungut makanan penjual di bazar yang tidak terjual untuk dicari jalan disedekahkan kepada yang tak berupaya.

Klik di sini untuk terus membaca