AWANG rasa ngeri juga baca tulisan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim yang terbaharu. Beliau ini orang lama PKR dan orang perjuangan bersama Tuk Seri Anwar Ibrahim sejak di kampus Universiti Malaya (UM) lagi. Awang percaya niat Hassan... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG rasa ngeri juga baca tulisan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim yang terbaharu.

Beliau ini orang lama PKR dan orang perjuangan bersama Tuk Seri Anwar Ibrahim sejak di kampus Universiti Malaya (UM) lagi.

Awang percaya niat Hassan jujur. Dia tak ada apa-apa agenda melainkan nak pastikan kerajaan pimpinan kawan lamanya kekal.

Beliau mahu PH mantap dan kuat dan Kerajaan Perpaduan bertahan sampai lima tahun.

Bukan sekali Hassan bagi pandangan jujur. Awang tabik spring pada beliau.

Orang macam inilah yang sepatutnya jadi penasihat Tuk Seri PM. Bukan tukang ya dan tukang angguk profesional.

Secara jujur kata Hassan, pilihan yang ada pada Anwar adalah nak selamatkan rakyat dan negara atau selamatkan Najib dan Zahid?

Keras betul kenyataan itu. Tapi ada benarnya tulisan beliau.

Awang percaya rakyat sedang perhatikan drama yang berlaku di PMO, Pejabat Peguam Negara dan institusi kehakiman.

Klik di sini untuk terus membaca