SHAH ALAM - Cadangan kerajaan untuk menggubal Akta Pembelaan Awam kerana ia diyakini mampu meningkatkan mutu perkhidmatan guaman yang diberikan kepada rakyat termasuk golongan B40. Peguam, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, walaupun ketika... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Cadangan kerajaan untuk menggubal Akta Pembelaan Awam kerana ia diyakini mampu meningkatkan mutu perkhidmatan guaman yang diberikan kepada rakyat termasuk golongan B40.

Peguam, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, walaupun ketika ini telah wujud beberapa penyedia perkhidmatan bantuan guaman utama bagi kes jenayah di Malaysia seperti Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), namun adanya aduan dan rungutan segelintir pihak terhadap kualiti perkhidmatan guaman tersebut.

"Walaupun kita dah ada YBGK dan beberapa penyedia bantuan guaman yang lain tapi mungkin dengan penggubalan akta baharu ini ia akan tingkatkan lagi mutu perkhidmatan yang diberikan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said pada Selasa dilaporkan berkata, kerajaan meneliti keperluan untuk menggubal Akta Pembelaan Awam bagi perkhidmatan bantuan guaman membabitkan kes jenayah di negara ini.

Katanya, kerajaan juga sedang melihat cadangan mewujudkan Pejabat Pembelaan Awam bagi menambah baik serta mereformasi perkhidmatan bantuan guaman kes jenayah.

Berikutan itu, Hishamuddin yang juga Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa (MHO) mencadangkan supaya kerajaan nanti akan mewujudkan satu satu skim atau insentif tertentu sebagai galakan kepada peguam-peguam untuk menyertai pasukan pembelaan awam seiring dengan penggubalan akta berkenaan.

Hishamuddin turut mengesyorkan bantuan guaman itu bukan sahaja diberikan kepada warganegara tetapi kepada bukan warganegara yang tiada taraf kewarganegaraan mana-mana negara seperti masyarakat migran dari Sabah.

"Saya lihat ada keperluan terhadap kelompok-kelompok ini untuk diberikan akses terhadap bantuan guaman atau pembelaan awam.

"Secara keseluruhannya saya menyokong penuh usaha untuk penggubalan Akta Pembelaan Awam sebagai pengawal selia perkhidmatan guaman awam ini,” ujarnya.

Klik di sini untuk terus membaca