PUTRAJAYA - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad menafikan spekulasi bahawa wujudnya konflik perebutan kerusi antara gabungan Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan tidak lama lagi.
Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kelantan berkata, ia berikutan perbincangan yang dijalankan sebelum ini menunjukkan perkembangan positif.
"Saya telah menghadiri beberapa siri perbincangan bermula dengan perbincangan tidak rasmi dalam kalangan pimpinan PKR dan UMNO.
"Kemudian ekoran daripada pertemuan dengan BN dan PH di peringkat pusat maka kita telah adakan satu pertemuan dengan pimpinan PH dan juga BN di peringkat negeri Kelantan.
"Alhamdulillah setakat ini...kita ada satu perbincangan yang positif dan tidak nampak soal perebutan.
Pada 8 April lalu, PH dan BN bersetuju semua kerusi penyandang akan kekal kepada parti yang menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi PRN di enam negeri nanti.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan, kata sepakat itu dicapai menerusi perbincangan awal mengenai pembahagian kerusi untuk PH dan BN pada PRN kelak, yang diadakan baru- baru ini.
Sementara itu, Nik Nazmi berkata, perbincangan tersebut merupakan kali pertama dalam sejarah PH dan BN membentuk rundingan tetapi secara umumnya ia bergerak secara positif.
"Di Kelantan sama juga seperti di Terengganu, kita memutuskan pihak UMNO atau BN untuk berada di depan sebab mereka mempunyai latar belakang lebih lama di kedua negeri berkenaan.
"Tetapi PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan PH juga mahu ikut turut serta bertanding dalam PRN tersebut,” ujarnya.
Klik di sini untuk terus membaca