SHAH ALAM - Wanita yang baru melahirkan anak berpotensi untuk mendapat simptom postpartum iaitu meroyan sehingga boleh menyebabkan tindakan luar jangkaan berlaku. Pakar Psikologi dan Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr Fauziah... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Wanita yang baru melahirkan anak berpotensi untuk mendapat simptom postpartum iaitu meroyan sehingga boleh menyebabkan tindakan luar jangkaan berlaku.

Pakar Psikologi dan Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr Fauziah Mohd Saad berkata, antara simptom itu adalah sering menunjukkan rasa sedih, tidak bermaya, tidak boleh tidur, kurang bergaul dengan ahli keluarga dan tidak lalu makan.

Jelas beliau, sekiranya sikap itu ditunjukkan lebih dua minggu berturut-turut, ia cenderung kepada kemurungan postpartum.

Jelas beliau, berdasarkan kajian dilakukan, lima hingga 25 peratus ibu dalam pantang cenderung terkena postpartum.

"Perempuan hamil ini dipanggil postpartum yang mana akan berlaku selepas melahirkan anak. Selalunya perempuan ada masalah ini dipanggil baby blues iaitu merujuk kepada satu emosi negatif selepas bersalin.

"Wanita yang berada dalam postpartum ini sangat sensitif. Kadang-kadang menunjukkan simptom suka menangis, suka menyendiri.

Kalau dahulu ceria, sekarang senyap,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Pada Khamis, media melaporkan seorang ibu dalam pantang ditemui maut dengan kesan tikaman pada bahagian leher dipercayai mempunyai masalah ketidakstabilan emosi.

Menurut Fauziah, perubahan atau simptom postpartum itu timbul disebabkan darah yang turun secara mendadak setelah seseorang wanita tersebut melahirkan bayi.

"Selalunya postpartum ini berakhir enam hingga lapan minggu melahirkan anak. Paling cepat berlaku adalah selepas 24 jam melahirkan anak. Boleh jadi selepas dua minggu melahirkan anak,” ujarnya.

Tambah beliau, sekiranya ahli keluarga mengesan ciri-ciri itu berlaku, pendekatan seperti memberi perhatian lebih perlu diambil bagi memastikan tiada tindakan di luar jangkaan berlaku.

Klik di sini untuk terus membaca