TAK habis-habis cerita menteri nak salahkan media.
Terbaru, Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar beri peringatan agar ‘pihak media tidak membuat sebarang andaian atau spekulasi’ berhubung kes pegawai kanan di kementeriannya ditahan oleh SPRM.
Menurut SPRM, penahanan itu berkait dengan dakwaan pegawai berkenaan bersama seorang individu lain menubuhkan agensi pengambilan pekerja asing.
Kata SPRM, ada kemungkinan konflik kepentingan dalam kes ini.
Baguslah menteri berkenaan umumkan akan beri kerjasama sepenuhnya dalam membantu siasatan itu.
Tapi tak usahlah seret media dalam isu ini. Media sekadar melaporkan apa yang berlaku. Itu tugas wartawan.
Dalam konteks laporan yang bertanggungjawab tak timbul soal nak buat andaian atau spekulasi.
Jikalau netizen nak buat begitu melalui media sosial, itu hal lain.
Awang rasa patut sangat pak dan mak menteri diberi kursus menangani media.
Terutama mereka yang baru jadi menteri. Ada yang anggap media jadi corong untuk mereka buat kenyataan.
Ada yang anggap laporan media macam surat edaran rasmi kerajaan.
Ada yang tak pernah muncul pun untuk menjelaskan masalah rakyat di media.
Nampaknya apabila ada masalah yang dipersalahkan media.
Klik di sini untuk terus membaca