Memang banyak batu api nak rosakkan Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Tuk Seri Anwar. Ini termasuklah mereka dari dalam parti-parti yang jadi sebahagian dari kerajaan.
Awang nampak dah mula bunyi-bunyi sumbang terdengar. Ini termasuklah suara daripada mantan Perdana Menteri, Tuk Seri Ismail Sabri.
Mudahlah dia bercakap oleh sebab dia tak ada jawatan dalam UMNO dan kerajaan. Dulu pun jikalau pembangkang tak meterai persefahaman dengan kerajaannya, lebih awal lagi dia dah terguling.
Ada jugalah pandangan daripada orang UMNO, DAP dan PKR. Masing-masing nak jadi juara parti. Mulalah ada yang berhujah antara satu sama lain.
Tak cukup dengan itu, Presiden MCA yang pernah jadi Menteri Pengangkutan dah mula bertikam lidah dengan Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan masa ini.
Awang nampak semua ini tambah beban pada Tuk Seri PM. Patut sangatlah dia kawal keadaan. Bagi nasihat agar semua kendurkan suasana. Turunkan suhu panas dalam gabungan. Yang rugi Kerajaan Perpaduan.
Awang harap Tuk Seri PM belajarlah daripada pengalaman PH apabila menang tahun 2018.
Banyak pengajaran cara bergabung dalam kes itu.
Sejarah guru yang terbaik kata orang.
Klik di sini untuk terus membaca