Awang terbaca berita satu lagi projek berprofil tinggi Khazanah Nasional Berhad telah dijual pada pihak asing. Khazanah jual keseluruhan miliknya dalam Iskandar Malaysia Studios pada syarikat Singapura bernama GHY Culture and Media.... Klik di sini untuk terus membaca

Awang terbaca berita satu lagi projek berprofil tinggi Khazanah Nasional Berhad telah dijual pada pihak asing. Khazanah jual keseluruhan miliknya dalam Iskandar Malaysia Studios pada syarikat Singapura bernama GHY Culture and Media.

Khabarnya syarikat itu pembekal terbesar bahan kandungan dalam bahasa Cina untuk filem dan stesen TV serantau dan antarabangsa.

Awang terbaca juga bahawa Khazanah rugi besar dengan penjualan ini. Apa yang Awang tak faham apakah muslihat Khazanah buat studio ini pada mulanya? Apakah mereka tak bincang dengan pemain industri? Apakah kepala seorang atau berdua dalam Khazanah yang putuskan untuk buat projek ini?

Khabar awal yang kita dengar studio ini mulanya ada kerjasama dengan Pinewood, studio yang sangat terkenal di United Kingdom (UK).

Menurut beritanya, banyaklah projek perfileman dan siri TV yang dibuat di situ, antaranya siri Marco Polo yang dibuat untuk perkhidmatan streaming Netflix. Tapi kerjasama itu tak kekal.

Soalan rakyat adalah mengapakah buat studio yang sebegitu besar dan mahal sekiranya tak dapat majukan industri kandungan kreatif negara? Mengapakah Finas, syarikat tempatan serta stesen TV tidak dilibatkan dari awal? Awang harap penjualan ini dibahaskan di Dewan Rakyat. Khazanah adalah badan pelaburan kerajaan.

Berapa banyak lagikah kerugian yang harus ditanggung akibat perancangan yang tidak rapi?

Klik di sini untuk terus membaca