SEREMBAN - Biarpun luluh hatinya sebagai bapa apabila diberitahu anaknya ditahan kerana cuba menyeludup dadah lapan tahun lalu, namun tiada secalit pun perasaan benci terhadap darah dagingnya itu yang kini menjalani hukuman penjara 20 tahun... Klik di sini untuk terus membaca

SEREMBAN - Biarpun luluh hatinya sebagai bapa apabila diberitahu anaknya ditahan kerana cuba menyeludup dadah lapan tahun lalu, namun tiada secalit pun perasaan benci terhadap darah dagingnya itu yang kini menjalani hukuman penjara 20 tahun di Nepal.

Malah kasihnya Jamaluddin Malek, 72, terhadap anaknya Marina, 44, apabila dia tidak pernah lupa menghantar biskut raya dan rendang ayam kering kegemaran anak sulungnya itu setiap kali Aidilfitri.

Marina
Marina
Marina

Marina ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Nepal ketika dalam perjalanan ke Itali melalui Kathmandu, Nepal selepas didapati cuba menyeludup kokain seberat 11 kilogram yang disembunyikan di dalam komputer riba.

Menurut Jamaluddin, perasaan rindunya terhadap Marina setiap kali menyambut Aidilfitri tidak pernah padam, malah jika berkemampuan dia ingin ke Nepal bertemunya.

"Dah lama betul saya tak beraya dengan Marina. Biasanya menjelang raya, dia yang paling sibuk mengemas dan memasak.

"Tak tahulah sama ada saya dapat beraya semula dengan Marina atau tidak kerana dia ada baki 12 tahun lagi di penjara dan usia saya sudah tua. Entah masih hidup atau tidak,” katanya.

Setiap kali mengenangkan itu, Jamaluddin jadi sebak.

Jamaluddin tidak dapat menahan sebak mengenang keadaan Marina.
Jamaluddin tidak dapat menahan sebak mengenang keadaan Marina.
Jamaluddin tidak dapat menahan sebak mengenang keadaan Marina.

Ujarnya, dia bukannya mahu membuat drama air mata, tetapi naluri sebagai bapa tidak boleh menipu dan sebab itulah, sanggup ke sana sini mencari dana bukan saja untuk melawat Marina tetapi buat menampung kehidupan dalam penjara.

"Dalam bulan Ramadan ini pun, dia ada hubungi maknya beritahu duit dah habis dan kadang-kadang terpaksa pinjam duit kawan untuk beli makanan.

"Kalau ada tolong orang, dapatlah RM300 ke RM400, saya hantar kepada Marina dan bila tak cukup, itu yang minta derma,” katanya.

Jelas Jamaluddin, duit yang diterima hasil sumbangan rakan-rakan dan orang politik sebelum ini bukan untuk dirinya tetapi semuanya untuk Marina.

Antara keratan akhbar berkenaan usaha Jamaluddin meminta bantuan membebaskan Marina.

Sebagai bapa katanya, sudah habis ikhtiar untuk keluarkan Marina dari penjara.

"Saya reda jika dia perlu habiskan hidup 12 tahun lagi dalam penjara. Cumanya yang dirisaukan jika saya tak mampu lagi hantar duit kepada Marina.

"Saya diberitahu di sana hanya dia seorang Islam. Nak masak pun susah kerana peralatan memasak dikongsi dengan banduan agama lain,” katanya.

Bagi sesiapa yang berhasrat membantu boleh salurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional 05955-41-100107592 atas nama Jamaluddin Malek.

Klik di sini untuk terus membaca