SHAH ALAM - "Dalam situasi ekonomi yang tidak baik, ramai yang tidak mampu membuat persiapan hari raya, adakah patut saya meraikan dengan segala persiapan mewah? Begitu luahan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - "Dalam situasi ekonomi yang tidak baik, ramai yang tidak mampu membuat persiapan hari raya, adakah patut saya meraikan dengan segala persiapan mewah?

Begitu luahan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan apabila ditanya tentang persiapan Aidilfitri beliau pada tahun ini.

Katanya, ketibaan Syawal tetap disambut secara sederhana oleh keluarganya walaupun telah memegang status wakil rakyat.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 yang lalu, Muhammad Fawwaz mencipta kejutan apabila berjaya menumpaskan calon pilihan yang juga penyandang kerusi Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Menurut Muhammad Fawwaz yang juga seorang pendakwah, beliau lebih memikirkan nasib rakyat yang tidak berkemampuan.

Ditambah dengan tindakan Kerajaan Perpaduan tidak menghulurkan peruntukan tahunan ahli Parlimen kepada wakil rakyat pembangkang, Perikatan Nasional (PN), menunjukkan kerajaan tidak melaksanakan prinsip keadilan yang sebenar.

"Saya dipilih oleh rakyat secara sah, peruntukan ini adalah untuk rakyat. Tetapi rakyat di Parlimen yang dimenangi oleh PN diketepikan khususnya di Permatang Pauh ini,” katanya kepada Sinar Premium.

Muhammad Fawwaz menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada penduduk Kampung Permatang Batu, Bandar Perda, Simpang Ampat dan Permatang Rawa dalam DUN Seberang Jaya, Parlimen Permatang Pauh.

Mengakui cabaran tetap ada dalam memberikan yang terbaik kepada rakyat terutama dengan ketibaan musim perayaan ini, beliau bersyukur mendapat kerjasama semua entiti parti di bahagian kawasan dan negeri.

"Daripada sudut gerak kerja kebajikan rakyat, alhamdulillah berjalan dengan lancar apabila semua entiti parti PN di bawah kawasan dan negeri Pulau Pinang berkolaborasi menggerakkan aktiviti kebajikan di bawah Pusat Khidmat Khidmat Permatang Pauh.

"Tidak ketinggalan juga badan bukan kerajaan (NGO) yang turut bersama dalam menjayakan misi kebajikan di kawasan sekitar,” katanya.

Walaupun sumbangan disampaikan tidak seberapa tetapi sekurang-kurangnya boleh mengukir sedikit senyuman di wajah setiap penerima di musim perayaan ini.

Katanya, pihaknya juga melaksanakan Sumbangan Pek Prihatin berupa bahan utama makanan yang diedarkan kepada golongan B40 di seluruh Parlimen Permatang Pauh yang serba sedikit mengurangkan bebanan menghadapi Aidilfitri tahun ini.

"Pusat Khidmat Permatang Pauh juga menganjurkan Jualan Prihatin dengan jualan murah kepada masyarakat sekitar sebagai persiapan menyambut lebaran,” katanya lagi.

Tegas beliau, walaupun didatangi cabaran ketiadaan peruntukan yang secukupnya, ia tidak akan melunturkan semangat untuk terus berbakti kepada rakyat Permatang Pauh.

Malah beliau juga yakin sekiranya rakyat dapat melihat usaha keras parti dalam menangani isu-isu rakyat, tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini di bawah Permatang Pauh akan menjadi milik PN.

Klik di sini untuk terus membaca