KHARTOUM - Ketibaan 1 Syawal pada Jumaat terus dicemari dengan insiden pertempuran sengit di ibu kota Sudan setelah konflik bersenjata yang melanda negara itu berlarutan selama seminggu dan tidak menunjukkan sebarang tanda akan reda.... Klik di sini untuk terus membaca

KHARTOUM - Ketibaan 1 Syawal pada Jumaat terus dicemari dengan insiden pertempuran sengit di ibu kota Sudan setelah konflik bersenjata yang melanda negara itu berlarutan selama seminggu dan tidak menunjukkan sebarang tanda akan reda.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menggesa tempoh bertenang selama tiga hari bagi meraikan Aidilfitri.

Tetapi, tentera kerajaan yang berada di bawah pimpinan Abdel Fattah al-Burhan dilaporkan tidak menghiraukan gesaan banyak pihak untuk melaksanakan gencatan senjata sempena akhir Ramadan.

Pasukan Sokongan Pantas (RSF) atau Hemeti dipimpin Mohamed Hamdan Daglo yang ditubuhkan daripada anggota militia Janjaweed yang mencetuskan 'pemberontakan' di wilayah Darfur menyatakan mereka bersedia untuk melaksanakan tempoh bertenang selama 72 jam.

Tetapi, Khartoum terus digegarkan dengan insiden letupan dan menjadi medan pertempuran utama untuk tempoh enam hari berturut-turut yang telah meragut lebih 400 nyawa manakala lebih 3,500 yang lain cedera.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) percaya jumlah korban sebenar adalah jauh lebih tinggi selain mangsa cedera gagal mendapatkan rawatan di hospital.

Senario mimpi ngeri

Pada Khamis, puluhan penyokong Burhan mengadakan protes di Pelabuhan Sudan sebagai membantah kehadiran Duta Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang didakwa mempunyai kaitan dengan Daglo.

"Kami menolak campur tangan asing dalam hal ehwal dalaman negara ini," menurut plakad yang dibawa peserta protes tersebut.

Perebutan kuasa antara Burhan dan Daglo berpunca daripada pelan integrasi RSF yang merupakan syarat utama kandungan perjanjian akhir bertujuan untuk memulihkan peralihan demokrasi di Sudan.

Buat pertama kali sejak permusuhan itu tercetus, Burhan akhirnya muncul di TV.

Gambar dikongsi Doctors Withour Borders (MSF) menunjukkan sebuah wad hospital di El Fasher di wilayah Darfur Utara sesak dengan mangsa cedera. - Foto AFP
Gambar dikongsi Doctors Withour Borders (MSF) menunjukkan sebuah wad hospital di El Fasher di wilayah Darfur Utara sesak dengan mangsa cedera. - Foto AFP

"Pada Aidilfitri tahun ini, negara kita sedang berdarah, di ambang kehancuran dan terus dihujani peluru serta bunyi tembakan bertalu-talu yang menjejaskan hari yang sepatutnya disambut dengan gembira.

"Kami berharap dapat mencari jalan keluar daripada sengketa ini dan bersatu sebagai satu tentera, satu rakyat menuju kepada kuasa awam," ujarnya menerusi rakaman video.

Badan pemikir, Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) memberi amaran langkah segera diperlukan untuk mengelakkan Sudan daripada terjerumus ke dalam perang saudara berskala penuh.

"Senario mimpi ngeri yang paling ditakuti rakyat negara itu sedang berlaku," ujarnya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Program Makanan Sedunia (WFP) yang menggantung sementara operasi mereka susulan insiden tiga kakitangan mereka terbunuh pada minggu lalu, memberi amaran keganasan yang berlarutan berisiko mengakibatkan jutaan penduduk di negara berpopulasi 15 juta orang itu berdepan isu kelaparan selain satu pertiga rakyat memerlukan bantuan.

Rakyat terdesak

Orang awam semakin terdesak dengan ribuan dilaporkan sanggup mempertaruhkan nyawa untuk melarikan diri dari Khartoum yang dipenuhi mayat bergelimpangan di tepi jalan.

"Ia adalah konflik perebutan kuasa semata-mata. Mereka tidak peduli tentang nasib penduduk miskin," kata Abdul Wahid Othman, 53.

Difahamkan, rancangan pemindahan warga asing telah dibuat selepas AS, Korea Selatan dan Jepun mengerahkan pasukan masing-masing ke negara jiran Sudan untuk membuat persediaan awal malah Kesatuan Eropah (EU) juga mengambil langkah sama.

Pasukan perubatan memberi amaran negara itu kini sedang dilanda 'bencana' selepas lebih dua pertiga hospital di ibu kota dan negeri sekitar kini 'tidak beroperasi'.

"Terdapat ramai pesakit yang terpaksa dirawat di atas lantai," kata penyelaras projek Doctors Withour Borders (MSF), Cyrus Paye.

Sebelum ini, Burhan dan Daglo pernah 'bekerjasama' menggulingkan bekas Presiden, Omar al-Bashir pada April 2019.

Mereka akhirnya berubah menjadi seteru ketat.

Solat sunat Aidilfitri diadakan di Pelabuhan Sudan pada Jumaat di tengah-tengah konflik yang semakin meningkat. - Foto AFP

Kedua-duanya juga pernah sepakat melancarkan rampasan kuasa pada Oktober 2021 untuk menyingkirkan kerajaan awam selepas kejatuhan Bashir yang memimpin secara kuku besi selama tiga dekad.

"Keadaan akan menjadi lebih buruk jika Burhan atau Hemeti masih enggan mengalah. Perang saudara mungkin akan menyusul jika tentera berjaya menguasai ibu kota manakala Hemeti berundur ke Darfur.

"Konflik semakin meruncing itu berpotensi menjejaskan kestabilan negara jiran seperti Chad, Republik Afrika Tengah, Libya dan Sudan Selatan," ujar ICG. - AFP

Klik di sini untuk terus membaca