SHAH ALAM - Usai sebulan puasa, kini tiba masa umat Islam menyambut lebaran, namun bagi Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden, Aidilfitri tahun ini hadir dengan cabaran tersendiri. Ini kerana beliau dan semua wakil rakyat... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Usai sebulan puasa, kini tiba masa umat Islam menyambut lebaran, namun bagi Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden, Aidilfitri tahun ini hadir dengan cabaran tersendiri.

Ini kerana beliau dan semua wakil rakyat pembangkang dari parti Perikatan Nasional (PN) hingga ke saat ini tidak menerima peruntukan tahunan ahli Parlimen daripada Kerajaan Perpaduan, pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Afnan Hamimi, 42, anak Melayu pertama yang berjaya menang di kerusi Parlimen Alor Setar, rakyat seolah-olah menjadi mangsa kepada politik balas dendam.

"Kebiasaannya rundingan tersebut bertujuan untuk mendapatkan sokongan supaya terus menjadi PM,” ujar beliau kepada Sinar Premium.

Anwar sebelum ini berkata, proses rundingan membabitkan kerajaan dan blok pembangkang harus berlangsung terlebih dahulu bagi menentukan parameter diluluskan.

Afnan Hamimi selesa berbuka bersama dengan beberapa orang peniaga berdekatan Lotus Mergong pada 11 April lalu.

Menurut Afnan Hamimi, setakat ini pertemuan telah diadakan antara Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadhilah Yusof, namun beliau tidak mengetahui isi dan hasil perbincangan.

Tegas anak sulung mantan Imam Besar Masjid Negara, Datuk Taib Azamudden Md Taib itu lagi, kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan untuk rakyat Malaysia, bukannya kerajaan khusus untuk penyokong parti politik tertentu.

Pada masa sama, Afnan Hamimi turut mengakui terpaksa berdepan cabaran dalam melunaskan khidmat kepada masyarakat di kawasan Parlimen beliau susulan ketiadaan peruntukan daripada kerajaan.

"Saya perlu mengeluarkan duit poket sendiri untuk berbelanja memberi sumbangan kepada rakyat yang memerlukan, menggajikan pegawai, dan mengoperasikan pusat khidmat.

"Selain itu, saya juga perlu sentiasa mencari dana kewangan daripada pihak-pihak selain kerajaan seperti badan bukan kerajaan dan individu korporat untuk menampung kos perbelanjaan seperti yang disebut di atas,” katanya lagi.

Malah beliau juga amat terkilan kerana tidak dapat memenuhi semua permohonan sumbangan daripada rakyat yang memerlukan apatah lagi dengan kedatangan Syawal.

Ditanya apakah beliau akan mengadakan sambutan rumah terbuka bersama masyarakat setempat walaupun menghadapi kekangan kewangan, Afnan Hamimi berkata, kemungkinan ia akan diadakan secara bersama dengan parti.

Dalam nada positif, Afnan Hamimi turut berkata, walaupun terpaksa mengeluarkan wang dari poket sendiri dan berusaha keras mencari sumber kewangan alternatif, ia tidak akan sama sekali mematahkan semangat beliau untuk memajukan Alor Setar dan memberi khidmat terbaik untuk rakyatnya.

"Bahkan saya lebih bersemangat bekerja supaya rakyat tahu siapa yang benar-benar mahu berkhidmat kepada rakyat dan siapa yang hanya mahu melunaskan nafsu politik membalas dendam melalui politik kuno yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman,” katanya.

Afnan Hamimi dan keluarga bergambar kenangan sewaktu Aidilfitri tahun lalu.

Turut berkongsi kisah sedih diusir tuan rumah sewa pada tahun 2020 hingga terpaksa menyambut Ramadan dan Syawal di rumah teres dua bilik dengan ahli keluarga seramai lapan orang, Afnan Hamimi memahami perasaan menyambut Syawal dalam serba kekurangan.

"Kalau boleh saya tidak mahu masyarakat di tempat saya melalui pengalaman menyambut raya dalam kesedihan, dan sekiranya ada peruntukan ia pastinya sedikit sebanyak membantu menceriakan mereka yang memerlukan,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca