MUSIM bunga adalah musim penuh dengan harapan dan kegembiraan. Lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China pada awal musim bunga berakhir dengan kejayaan besar.
Ia adalah lawatan bersejarah. Ini merupakan pertemuan kali pertama antara pemimpin China dan Malaysia sejak kedua-dua kerajaan memulakan tempoh baharu masing-masing dan Anwar adalah antara pemimpin asing pertama yang dialu-alukan oleh kerajaan China.
Pada 31 Mac lalu, Presiden Xi Jinping bertemu Anwar di Dewan Besar Rakyat dan kedua-dua pihak mencapai konsensus untuk membina komuniti berkongsi nasib China-Malaysia bersama-sama. Ini adalah pencapaian politik yang paling penting dalam lawatan itu. Komuniti berkongsi nasib China-Malaysia adalah kesinambungan daripada persahabatan lama antara China dan Malaysia.
Jinping dan Anwar mengimbas kembali kisah sejarah Laksamana Zheng He yang telah melawat Melaka sebanyak lima kali dalam tujuh kali pelayarannya ke ‘Lautan Barat’ lebih 600 tahun lalu.
Anwar juga menyebut tentang Bukit Cina dan masjid-masjid berciri budaya Cina di Melaka.
"Kepentingan pelayaran Zheng He telah melebihi pertukaran ekonomi semata-mata, ia adalah pertembungan budaya dan toleransi tamadun,” kata Anwar.
Komuniti berkongsi nasib China-Malaysia adalah inti rohani daripada konvergensi peradaban China dan Malaysia. Jinping dan Anwar bertukar pemahaman mengenai isu falsafah dan pandangan masing-masing tentang pandangan dunia, nilai dan peradaban.
Anwar tersenyum dengan persetujuan apabila mendengar Jinping memetik pepatah terkenal Confucius "Pemerintahan bermakna membuat perkara yang betul”.
Dalam lawatan ini, Perdana Menteri, Li Qiang dan Anwar bersama-sama menyaksikan penandatanganan dokumen-dokumen kerjasama dua hala mengenai bidang ekonomi dan perdagangan, pertanian dan kastam.
300 usahawan Malaysia mengadakan lawatan khas ke Beijing, pada masa yang sama 1,000 wakil perniagaan China dan Malaysia berkumpul untuk meneroka peluang pembangunan bersama.
Sebanyak 19 memorandum persefahaman (MoU) yang berjumlah RM170 bilion dimeterai antara komuniti perniagaan kedua-dua negara mencecah rekod tinggi baharu dalam sejarah.
Komuniti berkongsi nasib China-Malaysia adalah nota kaki baharu zaman ini di mana China dan Malaysia berkongsi masa depan yang sama.
Anwar memberitahu Li Qiang dengan jelas bahawa "Malaysia dan China menikmati masa depan yang dikongsi bersama, semua lapisan masyarakat Malaysia komited untuk mengukuhkan persahabatan dengan China dan Kerajaan Perpaduan mengutamakan pembangunan hubungan dengan China.”
Pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Malaysia adalah bercita-cita tinggi.
Mari kita perkukuhkan sinergi strategi pembangunan, perdalam kerjasama berkualiti tinggi dan integrasikan realisasi pemodenan China dengan pembinaan konsep Malaysia Madani untuk terus memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
Kita sepatutnya mempromosikan peradaban Asia, menyokong pemusatan ASEAN dan bersama-sama memajukan pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Global, Inisiatif Keselamatan Global dan Inisiatif Peradaban Global, membuat sumbangan baharu kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib insan.
Pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Malaysia juga sangat konkrit.
Mari kita terus promosikan projek utama Inisiatif Jalur dan Laluan seperti ‘Dua Negara, Taman Berkembar’ dan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Projek-projek ini akan menyediakan lebih banyak peluang pembangunan bagi rantau ini dan membawa lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.
Kita perlu mengukuhkan kerjasama dalam perdagangan produk pertanian, mempergiatkan pertukaran budaya dan pendidikan dan melaksanakan lebih banyak projek untuk kesejahteraan rakyat.
Kita juga perlu bekerjasama lebih rapat dalam menangani isu antarabangsa dan tegas mempertahankan kepentingan bersama.
Musim bunga adalah musim terbaik untuk mula melaksanakan rancangan sepanjang tahun.
Mari kita dorongkan hubungan China-Malaysia bertolak pada musim bunga ini dan berlayar menuju ke masa depan yang dikongsi bersama.
* Ouyang Yujing ialah Duta Besar China ke Malaysia
Klik di sini untuk terus membaca