SHAH ALAM - Kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai tidak berpegang kepada prinsip pentadbiran susulan perancangan menganjurkan sambutan rumah terbuka Aidilfitri yang bakal diadakan di enam negeri kelak. Naib Presiden... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai tidak berpegang kepada prinsip pentadbiran susulan perancangan menganjurkan sambutan rumah terbuka Aidilfitri yang bakal diadakan di enam negeri kelak.

Naib Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot), Mohd Anuar Osman berkata, Perdana Menteri yang sebelum ini dikenali dengan ketegasannya memastikan Kerajaan Perpaduan melaksanakan perbelanjaan berhemah bagi mengelakkan pembaziran, seakan-akan lupa janji tersebut.

"Sambutan (Aidilfitri) di enam negeri itu tentu melibatkan perbelanjaan yang besar dalam keadaan ekonomi negara sekarang dan saranan Perdana Menteri sebelum ini iaitu berjimat cermat ‘bagai debu ditiup angin’, pembaziran yang akan berlaku tidak dipedulikan,” katanya pada Ahad.

Mohd Anuar berkata, Perdana Menteri seharusnya mengotakan janjinya sebelum ini untuk melaksanakan pentadbiran yang tidak berlebih-lebihan terutama melibatkan sumber kewangan.

Justeru katanya, memadai sambutan itu dilakukan di satu tempat seperti kebiasaan bagi mengurangkan beban kewangan kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri terlibat.

"Tidak perlu sampai enam negeri,” tegasnya.

Klik di sini untuk terus membaca