SHAH ALAM - Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal mendedahkan tanggungjawab berat wakil rakyat pembangkang yang tidak menerima peruntukan tahunan daripada kerajaan menyebabkan beliau sukar tidur nyenyak ketika perayaan... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal mendedahkan tanggungjawab berat wakil rakyat pembangkang yang tidak menerima peruntukan tahunan daripada kerajaan menyebabkan beliau sukar tidur nyenyak ketika perayaan Aidilfitri tahun ini.

Hal ini kerana Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu mendedahkan kebimbangan beliau bahawa terdapat kemungkinan ada sebilangan golongan rentan yang hidup susah di kawasannya, tidak dapat menyambut perayaan utama umat Islam itu disebabkan kegagalannya menyalurkan bantuan sewajarnya.

Memandangkan sehingga kini semua wakil rakyat pembangkang masih belum menerima peruntukan ahli Parlimen daripada Kerajaan Perpaduan, Wan Ahmad Fayshal mendedahkan mereka terpaksa menggunakan wang poket sendiri untuk mengurangkan bebanan masyarakat di kawasan masing-masing.

"Kami terpaksa berterus terang kepada rakyat bahawa peruntukan masih belum diberikan sehingga kini. Oleh itu, selain meminta rakyat untuk bersabar, kami teruskan juga pelbagai inisiatif yang dapat membantu rakyat.

"Bukan senang untuk seseorang wakil rakyat itu dapat tidur nyenyak sedangkan rakyat masih berjaga memikirkan hari esok. Oleh itu, kami menggunakan apa sahaja saluran yang memudahkan rakyat untuk memohon bantuan termasuklah menerusi NGO-NGO (badan bukan kerajaan) dan sumbangan orang ramai,” luahnya kepada Sinar Premium.

Beliau berkata demikian ekoran cabaran besar dihadapi 74 wakil rakyat pembangkang dari Perikatan Nasional (PN) dalam memenuhi keperluan perayaan Aidilfitri rakyat yang memerlukan di kawasan masing-masing selepas tidak menerima peruntukan ahli Parlimen daripada Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Klik di sini untuk terus membaca