SHAH ALAM - "Kepala Batas merupakan rumah, tanah tumpahnya darahku dan rakyatnya adalah tanggungjawab saya. Perasaan gusar dan resah sekiranya tidak dapat memberikan yang terbaik buat mereka sentiasa menghantui saya”.
Begitulah luahan Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad yang merupakan wakil rakyat pembangkang tatkala mengulas tentang perasaannya apabila tidak menerima peruntukan tahunan daripada kerajaan bagi membantu rakyat sempena Aidilfitri tahun ini.
Sebagai wakil rakyat yang dilantik buat pertama kali setelah memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), terdapat pelbagai cabaran ditempuhi Siti Mastura bagi memastikan kebajikan rakyat di sana sentiasa dilindungi.
"Ketiadaan peruntukan menyebabkan bantuan kepada masyarakat terhad. Setiap wakil rakyat pasti mahu memberikan khidmat terbaik kepada penduduk di kawasannya dan membantu seramai mungkin yang memerlukan.
"Bantuan kewangan sangat penting untuk memastikan rakyat terutamanya golongan yang kurang berkemampuan dapat menyambut Syawal dengan keadaan yang serba lengkap,” katanya kepada Sinar Premium.
Demi memastikan rakyat di Kepala Batas mendapat bantuan dana yang secukupnya menjelang raya, Siti Mastura terpaksa bertungkus-lumus mencari sumber kewangan melalui infak kawan-kawan, korporat dan beberapa individu yang dermawan.
"Sebagai wakil rakyat, saya akan cuba memberikan khidmat terbaik dengan menyantuni masyarakat di setiap peringkat,” ujarnya.
Klik di sini untuk terus membaca