AWANG hargai pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang berterus-terang bercakap tentang pentadbiran Islam di negara ini.
Datuk Dr Mohamad Na’im Mokhtar antara lain sebut pasal nak terapkan Al Falah dalam pentadbiran institusi agama.
Awang cuma nak ingatkan Tuk Menteri tentang ‘label’ Islam yang dibawakan oleh pentadbiran terdahulu. Tun Abdullah Ahmad Badawi perkenalkan Islam Hadhari.
Menteri dari Parti Amanah semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH), Tuk Seri Mujahid Yusof Rawa bawakan konsep Rahmatan Lil Alamin.
Macam Rahmatan Lil Alamin, Al Falah ada strategi pelaksanaannya. Khabarnya akan libatkan lima teras, 10 fokus gerak kerja dan lima inisiatif.
Pendeknya akan penat lelahlah pegawai dari pelbagai jabatan dan agensi di bawah kementerian nak perjelas pada rakyat.
Bukanlah Awang tak setuju label, brand atau jenama yang bunyinya hebat. Tapi Awang fikir buat masa ini patut sangat Tuk Menteri perhalus peranan Jakim yang banyak dapat kritikan rakyat.
Sesuai dengan gagasan Madani, kementerian kena pastikan pentadbiran agama selaras dengan hasrat Tuk Seri PM untuk lihat umat Islam yang maju, progresif dan beretika.
Klik di sini untuk terus membaca