MAKA adalah cadangan nak buat Rumah Terbuka Malaysia Madani Bersama Perdana Menteri di enam negeri.
Apalah dengan buat rumah terbuka hari raya. Bukankah itu perkara biasa?
Tapi nampaknya dalam suhu ‘panas’ menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) hal itu jadi penuh kontroversi.
Terdengarlah bunyi-bunyi mengatakan bahawa niat PM tidak lain melainkan nak pancing undi. Maka ada yang kata itu langkah tidak jujur.
Kenapa pilih negeri-negeri yang bakal diadakan PRN? Gitulah nampaknya negara kita. Tak habis-habis dengan politik.
Semuanya dilihat sebagai langkah politik. Sampaikan nak buat rumah terbuka pun dikaitkan dengan politik. Baik yang merancang hinggalah yang bersuara menentang, semuanya gunakan ukuran politik.
Menurut jadualnya, hari raya terbuka dengan PM itu bermula di Alor Setar, Kedah pada 29 April dan berakhir di Gombak, Selangor pada 14 Mei.
Awang nak tengok juga apakah menteri besar negeri-negeri yang sekarang di bawah pembangkang akan hadir dalam majlis itu.
Macam MB Kedah yang terang-terang kata ini kempen pilihan raya.
Klik di sini untuk terus membaca