SHAH ALAM - Beberapa ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) menepis dakwaan gabungan berkenaan terlibat dengan langkah politik kamikaze untuk menjatuhkan kerajaan Persekutuan. Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pihaknya... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Beberapa ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) menepis dakwaan gabungan berkenaan terlibat dengan langkah politik kamikaze untuk menjatuhkan kerajaan Persekutuan.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pihaknya kini hanya menumpukan sepenuh komitmen untuk membuat persiapan rapi bagi mendepani pilihan raya di enam negeri yang dijangka diadakan selepas bulan Jun.

Ujarnya, tiada keperluan untuk PN melaksanakan gerakan politik sebegitu pada saat koalisi itu sedang menerima sokongan luar biasa daripada golongan muda berbangsa Melayu di seluruh negara, sebagaimana ditunjukkan melalui keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Dahulu Anwar sendiri umum secara terbuka hendak jatuhkan kerajaan pada 16 September (tahun 2008), siap bagi tarikh lagi. Jadi kalau ada spekulasi sebegitu, tidak perlu gelisahlah.

"Dari sudut PN, kami hanya membuat persediaan rapi untuk PRN enam negeri. Kita langsung tiada maklumat mengenai spekulasi itu, jadi saya tidak tahu betul atau tidak,” kata wakil rakyat Pas itu kepada Sinar Premium.

Sementara itu, Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal menyifatkan spekulasi gerakan politik kamikaze adalah tidak logik dan berita palsu.

Tegasnya, spekulasi itu sengaja ditimbulkan untuk mencalarkan imej dan integriti PN pada mata pengundi pada PRN kelak.

"Tidak logik (spekulasi PN terlibat usaha menjatuhkan Kerajaan Perpaduan). Itu khabar angin yang ditimbulkan pihak tidak bertanggungjawab.

"Mana mungkin kerajaan ini akan jatuh sebab Anwar ada sokongan dua pertiga daripada jumlah keseluruhan 222 ahli Parlimen,” tegas beliau yang juga merupakan Ketua Armada dari parti Bersatu.

Klik di sini untuk terus membaca