KUALA KANGSAR - Cuaca panas terik menjadikan Taman Eko-Rimba Ulu Kenas, di sini menjadi tumpuan pengunjung yang ingin menikmati kesejukan air sungai.
Bagi Fauziah Hanim Idris, 41, kesempatan itu digunakan selain memanfaatkan waktu cuti Hari Raya Aidilfitri dengan beriadah bersama 29 ahli keluarga lain.
"Perkelahan ini tidak dirancang tetapi disebabkan keadaan cuaca yang panas, kami terus sepakat bersama keluarga lain untuk menyejukkan diri di Ulu Kenas.
"Kami sampai jam 2.30 petang dan sudah tiga jam kami semua berendam. Waktu berkumpul inilah kita dapat merapatkan kembali hubungan adik-beradik dan sanak saudara lain,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini pada Rabu.
Suri rumah yang mahu dikenali sebagai Aminah berkata, keadaan cuaca terik menjadi faktor dia bersama suami membawa tiga anaknya berusia 10 bulan hingga 5 tahun bermandi-manda di kawasan itu.
"Dari Ipoh kami terus datang ke sini untuk mandi-manda, tambahan tempat ini memang dikenali dengan sungainya yang bersih di daerah Kuala Kangsar.
"Tempat ini sangat sesuai untuk keluarga dan lengkap dengan kemudahan, jadi anak-anak begitu puas dapat mandi dan menyejukkan diri dengan berendam dalam sungai,” ujarnya.
Klik di sini untuk terus membaca