SHAH ALAM - Rakyat sudah bijak menilai dan memilih gabungan parti mana yang lebih berwibawa serta mampu mentadbir urus negeri mereka dengan baik. Penganalisis politik daripada Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Rakyat sudah bijak menilai dan memilih gabungan parti mana yang lebih berwibawa serta mampu mentadbir urus negeri mereka dengan baik.

Penganalisis politik daripada Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, paling penting jangan mengamalkan rasuah pengundi kononnya pemberian itu adalah sedekah seperti yang pernah berlaku pada pilihan raya lalu.

"Rakyat ada perspektif pelbagai, jangan takutkan rakyat dengan unsur urus agama dan kaum, biar mereka pilih sendiri.

"Sebagai contoh Kelantan, Pas sudah lama mentadbir dan menjadi pilihan pengundi, selepas ini kena lihat apakah polisi manifesto kerajaan Negeri Kelantan untuk tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang.

"Kalau pengundi lihat kerajaan tak boleh nak urus isu air atau isu-isu lain pentadbiran contohnya, mereka mungkin boleh tukar sahaja dengan kerajaan yang lain, macam yang pernah berlaku di Kedah sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang berkenaan rakyat negeri Kelantan yang tetap mengundi Pas walaupun didakwa diberi duit dan kebendaan oleh pihak lawan.

Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
Laporan Sinar Harian pada Jumaat.

"Pendirian Kerajaan Perpaduan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim setakat ini jelas tidak berkompromi dengan isu rasuah dan salah guna kuasa.

"Kalau ada kesalahan masa pilihan raya boleh buat aduan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” ujarnya.

Azizuddin menjelaskan, meskipun pihak lawan dilihat cuba memenangi hati pengundi dengan pemberian bantuan wang

dan sebagainya perkara itu masih boleh disiasat jika diragui tindak tanduknya.

"Jangan ada yang ambil kesempatan, niat kita beri itu untuk apa, apakah kita ikhlas membantu atau atas kita mahu memenangkan parti,” tegas beliau.

Rakyat perlu tolak sebarang tawaran dalam tempoh berkempen

Sementara itu, rakyat perlu menolak sebarang tawaran dalam tempoh berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan di enam negeri pertengahan tahun ini kerana ia tidak membina sistem politik secara baik untuk negara.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, budaya politik dengan menawar pelbagai perkara atau imbuhan dalam tempoh tersebut elok dihentikan.

Katanya, bagaimanapun rakyat sudah terbiasa setiap kali musim pilihan raya pelbagai pemberian akan dilakukan oleh pihak tertentu.

"Sebab itu, tidak pelik kalau rakyat mendoakan agar Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan kerana itulah peluang untuk mereka memperolehi pelbagai perkara dan barangan.

"Pada PRK, pelbagai projek turun dan peruntukan diluluskan. Contohnya, geran tanah, bantuan pukat dan macam-macam lagi," katanya kepada Sinar Harian.

Pada Khamis, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan rakyat Kelantan persis seluang yang hanya memakan ikan dan meninggalkan mata pancing.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Abdul Hadi berkata, ia merupakan hasil didikan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendidik rakyatnya menerusi slogan ‘bagi gula kacau, bagi kain pakai, bagi duit ambil, namun tetap undi Pas’.

Sementara itu, menurut Tuan Ibrahim, pemberian ketika pilihan raya merupakan antara isu yang melingkari politik Malaysia.

"Bagi mengatasinya, rakyat Malaysia perlu diberi kesedaran dan didikan mengenai perkara tersebut," ujarnya.

Klik di sini untuk terus membaca