AWANG bukanlah nak masuk campur kontroversi yang babitkan seorang ahli Exco di Melaka.
Pada pendapat Awang, sudah-sudahlah cerita tentang kandungan WhatsApp beliau yang viral. Riuh rendahlah pengguna media sosial bercakap tentang hal itu.
Awang cuma nak ingatkan pemimpin pada semua peringkat agar berhati-hati sepanjang masa.
Dalam alam maya tak ada yang jadi rahsia. Apapun posting kita di alam maya, walaupun kita dah padamkan tapi tetap bahan itu berlegar-legar ‘di awan’. Pendeknya boleh ‘dipetik’ oleh sesiapa.
Jadi jaga-jagalah mesej kita pada sesiapapun, baik isteri, kawan, musuh politik atau kekasih sekali pun. Apa yang kita tulis akan jadi bahan bacaan umum.
Maklumlah apabila kita ‘intim’, kata orang, kita bercakap secara terbuka dan dedah segala-galanya.
Ada yang bercakap pasal rahsia di bilik tidur, projek dan macam-macam lagi. Semua itu akan jadi bahan bacaan umum sekiranya ‘terlepas keluar’.
Awang juga nak ingatkan pemimpin pada semua peringkat agar jaga diri, etika serta moral. Baik menteri atau ahli Exco semuanya tertakluk pada tata kerja dan etika tata kelakuan tertentu.
Mereka bukan sahaja bawa nama baik diri sendiri tetapi juga kerajaan yang mereka wakili.
Orang Melayu ada peribahasa yang sesuai untuk era informasi terbuka ini, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.
Pendeknya, nak hantar mesej jaga-jaga.
Klik di sini untuk terus membaca