DI Malaysia tak perlu angin untuk pokok bergoyang. Begitulah ibaratnya cerita konspirasi, khabar angin dan gosip politik tanah air.
Gosip terbaharu melibatkan 15 orang ahli Parlimen yang khabarnya akan keluar daripada PH.
Adalah dalang yang duit banyak akan belanja besar untuk pastikan mereka tinggalkan parti mereka sekarang.
Kononnya dalang atau dalang-dalang itu ada kotak duit berbilion ringgit.
Memanglah dengan keluarnya 15 orang belum jejaskan Kerajaan Perpaduan Tuk Seri Anwar.
Tapi kononnya itu langkah awal untuk jadikan keadaan tak stabil dan huru-hara. Khabarnya ‘berpuluh-puluh’ orang lain akan ikut serta.
Susah juga Awang nak percaya cerita semacam ini. Tapi tak ada yang mustahil dalam politik Malaysia.
Siapa yang sangka kerajaan yang sah dipilih rakyat boleh tumbang akibat ‘Langkah Sheraton’ pada tahun 2020?
Nampaknya cerita beli membeli kali ini tergagal dengan sendiri oleh sebab Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) dua hari lepas dah jelaskan pendirian mereka akan terus sokong Tuk Seri PM dengan 30 ahli Parlimen.
Tapi itu tidak akan mematikan teori konspirasi ini. Selepas ini pasti muncul pula cerita baharu.
Klik di sini untuk terus membaca