SHAH ALAM - "Nak kempen ke nak beraya?” Itu sindiran pemimpin Perikatan Nasional (PN) terhadap Kerajaan Perpaduan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan BN susulan terdapat ucapan berbaur politik semasa berlangsungnya Himpunan Madani Kedah... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - "Nak kempen ke nak beraya?”

Itu sindiran pemimpin Perikatan Nasional (PN) terhadap Kerajaan Perpaduan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan BN susulan terdapat ucapan berbaur politik semasa berlangsungnya Himpunan Madani Kedah pada Jumaat.

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, ucapan berbaur politik itu jelas menunjukkan PH ‘cakap tidak serupa bikin’ kerana sebelum ini pemimpin parti tersebut menafikan Himpunan Madani bermotifkan politik.

"Apa yang berlaku semalam (Jumaat), tidak mengejutkan kerana kita tahu PH ini cakap lain, buat lain.

"Tapi kita tidak risau walau PH gunakan pentas rumah terbuka raya untuk berkempen pilihan raya negeri (PRN) kerana rakyat pandai menilai sikap sebenar mereka,” katanya ketika dihubungi Sinar Ahad.

Sewaktu Himpunan Madani Kedah, Anwar dilaporkan menyentuh mengenai politik termasuk menyangkal dakwaan segelintir pihak yang melabel beliau sebagai pendendam dengan sengaja mengambil tindakan terhadap pemimpin pembangkang serta mengakui tiada arahan dikeluarkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat pemimpin tertentu semata-mata bagi tujuan politik.

Mengulas lanjut, Idris yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai menyifatkan, semua kenyataan dan perbuatan pemimpin Kerajaan Perpaduan amat kontra antara sebelum dan selepas memegang tampuk pentadbiran negara terutama melibatkan solat integriti dan rasuah.

Anwar menyampaikan pidato beliau pada Himpunan Madani Kedahdi Dataran Stargate pada Jumaat malam.

"Dulu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim cakap mahu perangi rasuah tetapi kita dapat lihat orang sekelilingnya bagaimana.

"Sama juga dulu ketika awal-awal jadi Perdana Menteri, beliau cakap kerajaan tak nak membazir tapi sekarang buat rumah terbuka raya di enam negeri.

"Jadi saya percaya rakyat yang bijak menilai ini akan terjemahkan ‘penilaian’ mereka terhadap kerajaan yang ada ini menerusi kertas undi pada PRN nanti dan tidak perlu kita ‘bersyarah’ panjang dalam kempen itu nanti,” tegasnya.

Sementara itu, Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menjelaskan, situasi yang berlaku di Kedah menunjukkan ia sebenarnya kempen politik yang menggunakan tema Hari Raya Aidilfitri.

"Sudah terang lagi bersuluh semua perayaan Madani yang dibuat di enam negeri ini adalah kempen politik Anwar, (Datuk Seri Dr Ahmad) Zahid Hamidi dan gerombolannya.

"Tapi rakyat bijak menilai, semua janji Anwar untuk berjimat cermat dalam mengadakan majlis keramaian telah dilanggar sendiri oleh beliau. Semua orang tahu, janji ditabur hanya lakonan semata-mata,” dakwanya.

Timbalan Ketua Pemuda PN itu menegaskan, walaupun situasi sebenar itu akan cuba ‘dipusing’ oleh Anwar atau jemaah menteri, perbuatan berkenaan akan tetap memberi kesan buruk ke atas mereka kerana didakwa melanggar janji sendiri.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang juga Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, dirinya tidak terkejut himpunan tersebut menyentuh berkenaan politik.

Tegasnya, jika diteliti sejak dari hari pertama menjadi Perdana Menteri, setiap tindakan dan tutur kata Anwar dalam apa juga ucapan pastinya akan bersangkut paut dengan politik.

"Ia menggambarkan beliau bersungguh-sungguh menggunakan kedudukan bagi melemahkan pesaing.

"Malah, rumah terbuka Aidilfitri Kerajaan Persekutuan itu dinamakan sebagai Himpunan Madani. Perkara ini juga agak luar biasa bagi orang kita.

"Usaha untuk menjamu orang ramai, mengeratkan silaturahim amat digalakkan dalam meraikan Aidilfitri. Berpolitik sepanjang masa tidak mendatangkan manfaat. Saya percaya Perdana Menteri faham perkara ini,” ulasnya.

Klik di sini untuk terus membaca