Sejak dua minggu lalu, Sudan kembali menjadi medan pertempuran sengit melibatkan perebutan kuasa antara dua jeneral yang dahulunya pernah menjadi sekutu rapat dan bekerjasama melancarkan kudeta. Situasi di negara Afrika Utara itu menjadi... Klik di sini untuk terus membaca

Sejak dua minggu lalu, Sudan kembali menjadi medan pertempuran sengit melibatkan perebutan kuasa antara dua jeneral yang dahulunya pernah menjadi sekutu rapat dan bekerjasama melancarkan kudeta.

Situasi di negara Afrika Utara itu menjadi huru-hara dan semakin meruncing dengan hujan peluru bertalu-talu sejak dua minggu lalu selain siri gencatan senjata yang goyah.

Ketua Angkatan Tentera Sudan (SAF), Abdel Fattah al-Burhan dan seterunya, Mohamed Hamdan Dagalo atau Hemedti yang memimpin Pasukan Tindakan Pantas (RSF) terus bertempur untuk menunjukkan siapa lebih hebat.

Siapa sangka, duo tersebut pernah memainkan peranan penting dalam usaha memerangi puak pemberontak di Darfur ketika perang saudara bermula pada 2003 menjadi musuh paling ketat.

Ketika itu, Abdel Fattah meraih populariti apabila beliau berjaya mengawal tentera kerajaan di Darfur manakala Hemedti yang merupakan komander kumpulan militia Janjaweed menumpaskan puak pemberontak dianggotai orang bukan Arab Darfur.

Kuasa Hemedti semakin luas berkembang apabila beliau menghantar pasukan untuk menyertai operasi dipimpin Arab Saudi di Yemen.

Ketika itu, bekas Presiden, Omar al-Bashir bergantung kepada Hemedti dan RSF sebagai 'pengimbang' kepada pasukan anggota tentera tetap dengan harapan kehadiran mereka akan menyukarkan sebarang cubaan kumpulan bersenjata tunggal yang mahu menggugat kedudukannya.

Tetapi, harapkan pegar, pegar makan padi.

Selepas beberapa bulan protes popular tercetus, kedua-dua jeneral itu akhirnya bergabung untuk menyingkirkan al-Bashir pada April 2019.

Pada tahun sama, mereka menandatangani perjanjian bersama kumpulan protes untuk menubuhkan kerajaan pimpinan orang awam yang diawasi Majlis Peralihan Tentera (TMC) yang dipimpin Abdel Fattah manakala Hemedti dilantik sebagai timbalan beliau.

Majlis Kedaulatan itu bagaimanapun hanya mampu bertahan selama dua tahun sehingga Oktober 2021 apabila tentera sekali lagi cuba mengambil alih kuasa dan kedua-duanya masih lagi memegang kuasa tertinggi.

Ketegangan semakin meningkat apabila tarikh akhir untuk menubuhkan kerajaan awam semakin hampir termasuk tuntutan Hemedti yang mahu RSF diserapkan sebagai tentera biasa.

Kegagalan untuk mencapai sebarang kesepakatan telah mencetuskan pertempuran dan Hemedti kini menjadi musuh Abdel Fattah serta cuba menguasai Sudan.

Bekas Perdana Menteri, Abdalla Hamdok memberi amaran konflik tersebut berpotensi menjadi lebih teruk berbanding perang saudara di Libya dan Syria.

"Ia juga berisiko menjadi mimpi ngeri kepada seluruh dunia jika berterusan. Ia bukan melibatkan pertempuran antara pasukan tentera dan kumpulan pemberontak kecil sebaliknya ia adalah dua pasukan tentera kuat bersenjata yang terlatih," ujarnya.

Kediaman orang awam menjadi sasaran bedilan kedua-dua pihak bertelagah itu.
Kediaman orang awam menjadi sasaran bedilan kedua-dua pihak bertelagah itu.
Kediaman orang awam menjadi sasaran bedilan kedua-dua pihak bertelagah itu.
Kediaman orang awam menjadi sasaran bedilan kedua-dua pihak bertelagah itu.
Kediaman orang awam menjadi sasaran bedilan kedua-dua pihak bertelagah itu.
Kediaman orang awam menjadi sasaran bedilan kedua-dua pihak bertelagah itu.
Kediaman orang awam menjadi sasaran bedilan kedua-dua pihak bertelagah itu.
Kediaman orang awam menjadi sasaran bedilan kedua-dua pihak bertelagah itu.
Kediaman orang awam menjadi sasaran bedilan kedua-dua pihak bertelagah itu.
Kediaman orang awam menjadi sasaran bedilan kedua-dua pihak bertelagah itu.
Kediaman orang awam menjadi sasaran bedilan kedua-dua pihak bertelagah itu.
Kediaman orang awam menjadi sasaran bedilan kedua-dua pihak bertelagah itu.
Kediaman orang awam menjadi sasaran bedilan kedua-dua pihak bertelagah itu.

ABDEL FATTAH TAMAK KUASA?

Abdel Fattah al-Burhan dilahirkan pada 11 Julai 1960 di perkampungan Gandatu di utara Khartoum.

Beliau berpindah ke Shendi untuk mendapatkan pendidikan awal sebelum menyertai Kolej Tentera Sudan.

Abdel Fattah, 62, merupakan pemimpin de facto Sudan selepas satu lagi rampasan kuasa dilancarkan ke atas Abdalla pada Oktober 2021 setelah perjanjian perkongsian kuasa antara tentera dengan orang awam yang dipersetujui pada Ogos 2019 gagal mencapai sebarang kesepakatan.

Jeneral tentera itu pernah bersetuju untuk berundur pada 2021, namun beliau dikatakan enggan menyerahkan kuasa malah bertindak menahan Abdalla yang dipilih orang awam.

Bagi meredakan protes awam, kuasa Abdalla dikembalikan semula beberapa minggu kemudian, namun beliau meletak jawatan pada awal tahun lalu, sekali gus menjejaskan harapan negara itu untuk menyaksikan peralihan kuasa demokrasi.

Abdel Fattah pernah berkhidmat sebagai komander wilayah ketika Perang Darfur pada 2003 hingga 2008 yang meragut kira-kira 300,000 nyawa dan menyebabkan jutaan penduduk yang lain hilang tempat tinggal.

Abdel Fattah mempunyai hubungan rapat dengan Mesir, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Sebuah keluarga melarikan diri daripada konflik bersenjata tersebut.

HEMEDTI PERNAH JADI SEKUTU AL-BASHIR

Mohamed Hamdan Dagalo atau Hemedti dilahirkan pada 1975 dan berasal daripada suku Mehriya yang merupakan sub suku Awlad Mansur di Darfur.

Ketika berusia 15 tahun, Hemedti berhenti sekolah dan bekerja sebagai penggembala unta antara Sudan, Chad, Niger dan Libya.

Hemedti, 48, menubuhkan kumpulan militia bersenjata untuk melindungi perdagangannya selepas keganasan tercetus di Darfur pada 1990-an.

Tidak lama selepas itu, beliau menyertai Pasukan Pertahanan Popular (PDF) sebuah militia terdiri daripada sekutu al-Bashir untuk memerangi John Garang yang memimpin Gerakan Pembebasan Rakyat Sudan (SPLM) di Juba.

Hemedti kemudiannya menganggotai Janjaweed, sebuah kumpulan militia terkenal yang didakwa melakukan kekejaman terhadap orang awam di Darfur.

Pada 2013, Hemedti diminta oleh al-Bashir untuk menubuhkan RSF yang kini menjadi antara pasukan separa tentera paling berkuasa di Khartoum.

Beliau tidak pernah didakwa atas jenayah perang oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) walaupun al-Bashir yang memegang kuasa selama tiga dekad berdepan tuduhan itu.

Pada 2008, Hemedti menafikan penglibatannya dengan serangan terhadap orang awam setelah Kumpulan Hak Asasi Manusia (HRW) menuduh beliau bertanggungjawab terhadap penyeksaan melampau, pembunuhan kejam dan rogol beramai-ramai yang dilakukan RSF ketika kempen ketenteraan di Darfur pada 2014 dan 2015. - Agensi

Klik di sini untuk terus membaca