SHAH ALAM - Penganjuran Rumah Terbuka Malaysia Madani bukan penanda aras dalam mengukur tahap sokongan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan menjelang pilihan raya negeri (PRN) nanti. Pensyarah Sosiologi Politik, Pusat Pengajian Sains... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Penganjuran Rumah Terbuka Malaysia Madani bukan penanda aras dalam mengukur tahap sokongan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan menjelang pilihan raya negeri (PRN) nanti.

Pensyarah Sosiologi Politik, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Profesor Dr Sivamurugan Pandian berkata, daya tarikan undi orang ramai adalah segala dasar dan inisiatif yang dibawa di peringkat Persekutuan sepanjang enam bulan pentadbiran pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Jelas beliau, masih terlalu awal untuk meramalkan sebarang respons positif pengundi terhadap kerajaan terutama mereka yang tinggal di negeri ditadbir parti pembangkang.

"Banyak perubahan sedang dijalankan bermula dari segi memperbaiki isu tata kelola dan nilai integriti dalam kerajaan. Beliau juga perlu stabilkan isu ketegangan kaum yang berlaku.

"Ia merupakan satu cabaran buat beliau dan tiada perubahan keterlaluan terhadapnya dari segi sokongan dapat diramalkan semasa PRN nanti,” kata Sivamurugan kepada Sinar Harian pada Ahad.

Beliau turut mengulas usaha Anwar untuk mendapatkan undi daripada penduduk di negeri yang majoritinya kaum Melayu seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu bukanlah mudah kerana sokongan sebelum ini banyak tertumpu daripada masyarakat berbangsa lain.

"Ramai pengundinya terdiri daripada kalangan individu kaum Cina dan India berbanding Melayu.

"Itu sebab Anwar tampil dengan pembawaan nilai Islam dan konservatif Melayu bagi membuktikan beliau tidak mengabaikan perkara tersebut.

"Ia secara tidak langsung mencerminkan Anwar prihatin di samping tidak mengetepikan usaha menyatupadukan pelbagai kaum di Malaysia,” katanya.

Beliau turut menyatakan, adalah memadai untuk Kerajaan Perpaduan menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan ibu negeri pembangkang semasa PRN nanti sekiranya sukar menang secara keseluruhan.

"Sekiranya mereka menang di kawasan ibu negeri yang terdapat banyak fasiliti dan pusat pentadbiran, banyak hubungan baharu dapat dijalinkan dengan pihak Persekutuan,” katanya.

Sivamurugan bagaimanapun berkata, penganjuran majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di Kedah itu memberi ruang ‘rehat’ sementara antara kerajaan dengan pembangkang di negeri itu.

"Semua tahu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pun hadir mengiringi Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada majlis tersebut.

"Ia secara tidak langsung menjadi ‘gencatan senjata’ buat sementara waktu dan meredakan kegelisahan penyokong,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca