SHAH ALAM - Menggunakan bahan mengandungi steroid untuk mendapatkan tubuh sasa dalam industri seni tidak menjadi kesalahan, namun perlu mendapatkan nasihat pakar. Pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad, 44, mengakui dalam bidang seni... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Menggunakan bahan mengandungi steroid untuk mendapatkan tubuh sasa dalam industri seni tidak menjadi kesalahan, namun perlu mendapatkan nasihat pakar.

Pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad, 44, mengakui dalam bidang seni khususnya, impian untuk nampak bertubuh tegap dan sasa menjadi impian setiap pelakon namun tindakan itu masih ada pro dan kontranya.

"Perkara itu normal namun adalah lebih baik sebelum menggunakan bahan yang mengandungi steroid perlu dapatkan khidmat nasihat mereka yang arif,” katanya kepada Sinar Harian.

Fahrin berkata, soal menggunakan steroid terletak pada integriti diri sendiri, lagipun bahan itu memang selalu digunakan artis dan pelakon.

"Ia tidak jadi kesalahan bergantung kepada objektif penggunaan, kalau atlit sukan memang salah.

Tambahnya lagi, jika sekadar hendak mencuba, banyak risiko perlu ditanggung kerana ia boleh memudaratkan.

"Sebagai contoh tubuh saya nampak berotot tapi saya tak amalkan steroid kerana saya bermula sejak umur 15 hingga 18 tahun main ragbi, permainan itu yang membentuk tubuh saya.

"Jadi memang saya tak pernah cucuk atau makan steroid jadi untuk kekalkan otot ini saya amalkan senaman, pergi gim serta jaga pemakanan,” katanya.

Jelas Fahrin, satu masa dahulu tubuh dan ototnya besar, namun kini selepas memasuki fasa umur 40 tahun dia bercadang untuk mengecilkan sedikit ototnya sesuai dengan gaya dan personaliti yang dibawanya.

"Semakin kita berumur otot kita akan mula mengecut jika tidak dijaga ia nampak tidak cantik dan tidak sihat, jadi saya kena banyak buat senaman kardio yang boleh dilakukan di dalam dan di luar rumah.

"Pergerakan yang ringan seperti joging, aerobik juga mampu mengurangkan dapat menurunkan berat badan lelaki atau wanita secara semula jadi,” ujar Fahrin.

Mengulas lanjut mengenai rutin hariannya untuk mengekalkan kecergasan tubuh, Fahrin berkata, dia akan ke gim lima kali seminggu.

"Saya dan tetapkan masa setiap hari untuk gim walaupun sibuk saya tetap akan ke gim walaupun untuk setengah jam sahaja,” katanya.

Fahrin mengakui penggunaan steroid untuk mendapatkan tubuh sasa sebenar tidak baik, sebaliknya ia boleh ditukar dengan amalan diet dan pemakanan sihat.

"Bila cakap diet dan pasal jaga badan ini, kita kena kaji dan faham diri sendiri kerana benda ni bukan macam one size fit all kau buat jadi, aku buat mesti jadi.

"Kena cari patern tubuh kita sendiri, ada orang amalkan puasa 14 jam itu berjaya, tapi kita tak berjaya dan kena cari apa yang paling sesuai untuk diri kita walaupun perlu mengambil masa yang panjang,” jelasnya.

Klik di sini untuk terus membaca