AWANG nak ucapkan tahniah pada Dr Malar Santhi Santherasegapan yang dinobatkan Anugerah Pekerja Contoh oleh Tuk Seri Perdana Menteri sempena Hari Pekerja. Beliau bekerja di luar daripada kerangka tugas rasminya untuk menyumbang pada... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG nak ucapkan tahniah pada Dr Malar Santhi Santherasegapan yang dinobatkan Anugerah Pekerja Contoh oleh Tuk Seri Perdana Menteri sempena Hari Pekerja.

Beliau bekerja di luar daripada kerangka tugas rasminya untuk menyumbang pada masyarakat.

Beliau mulakan ‘Celoteh Dr Malar’ di YouTube semasa pandemik Covid-19 melanda negara pada tahun 2020.

Menggunakan bahasa Melayu yang fasih, beliau menyampaikan maklumat tentang Covid-19 dengan cara yang mudah dan bersahaja.

Apabila penggunaan vaksin pada mulanya dicurigai, beliaulah yang saban kali memberikan penjelasan secara paling senang difahami oleh rakyat. Pendeknya beliau telah mempermudahkan penerangan mengenai Covid-19.

Kata orang putih, konsep beliau adalah medicine made easy atau perubatan yang dipermudahkan. Contohnya apabila ada isu ivermectin – ubat cacing yang kononnya boleh menyembuhkan Covid-19, Dr Malar dengan mudah menangkisnya.

Saya yakin ratusan ribu pengikutnya di YouTube lebih mempercayai beliau daripada banyak pegawai di Kementerian Kesihatan pada masa itu.

Ada orang kata beliau ‘doktor selebriti’. Awang setuju sangat dengan panggilan itu. Tapi beliau gunakan kemasyhurannya untuk tujuan yang baik.

Awang hargai juga hospital swasta di mana beliau bekerja yang memberikan ruang dan kebebasan untuk Dr Malar menggunakan platform media sosial. Kita mahukan lebih ramai Dr Malar di negara ini.

Klik di sini untuk terus membaca