AWANG tak nampak alasan mengapa isu pengampunan mantan PM jadi begitu besar.
Awang juga tak nampak sebab mengapa parti Amanah perlu mohon maaf kerana berpendapat Tuk Seri Najib tak patut diampunkan. Begitu juga apabila parti Muda buat pendirian yang sama, itu hak mereka.
Awang percaya ada parti lain dalam Kerajaan Perpaduan pun berpendapat sama. Begitu juga sebahagian besar rakyat Malaysia. Biarlah proses undang-undang berjalan dengan sebaiknya.
Memang orang ramai faham sesetengah pemimpin UMNO nak juarai pengampunan Najib. Tak ada salahnya hal itu. Itu hak mereka. Tapi UMNO adalah parti yang menghormati undang-undang.
Banyak akta dan undang-undang yang diguna pakai hari ini hasil titik peluh pejuang UMNO dulu-dulu. Akta dan undang-undang yang tidak memilih bulu. Tak boleh jadi keadaan di mana untuk orang UMNO lain untuk orang lain, lain pula.
Macam kata Tuk Seri PM, setiap banduan ada hak untuk mohon pengampunan. Setiap permohonan akan dipertimbangkan atas dasar ihsan tanpa sebarang prejudis.
Setiap kes akan dinilai oleh Lembaga Pengampunan secara profesional. Beliau sudah lalui proses itu. Beliau patut lebih tahu. Tak bolehlah hari ini dihukum, esok nak minta diampunkan.
Tidak ada siapa yang berada di atas undang-undang. Itulah prinsip keadilan sebenar.
Klik di sini untuk terus membaca