SHAH ALAM - Di sebalik timbulnya spekulasi mengatakan wujud kerjasama politik baharu melibatkan Pas dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melalui gambar yang tersebar pada Rabu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Di sebalik timbulnya spekulasi mengatakan wujud kerjasama politik baharu melibatkan Pas dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melalui gambar yang tersebar pada Rabu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man tampil menegaskan bahawa pertemuan itu bukanlah perjumpaan luar biasa.

Bahkan kata Tuan Ibrahim, pertemuan itu dilakukan selepas Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin parti itu menerima jemputan untuk berhari raya bersama Tun Dr Mahathir di kediamannya.

"Tak ada isu (tindakan Presiden Pas dan pemimpin lain menandatangani Proklamasi Orang Melayu). Tun Dr Mahathir nak jumpa sambil ziarah raya," katanya kepada Sinar Premium pada Rabu.

Terdahulu media melaporkan Abdul Hadi dan beberapa pemimpin parti itu telah menyatakan sokongan terhadap usaha Dr Mahathir yang juga bekas Ahli Parlimen Langkawi untuk mengumpulkan sekurang-kurang 1 juta tandatangan Proklamasi Orang Melayu menerusi media sosial.

Abdul Hadi Awang mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir sebelum menandatangan dokumen Proklamasi Orang Melayu di kediaman bekas Perdana Menteri itu, baru-baru ini. FOTO: FB Proklamasi Orang Melayu

Turut kelihatan bagi menyatakan sokongan adalah Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan selain Penolong Setiausaha Agung Pas Pusat, Mohd Syahir Che Sulaiman.

Perkara tersebut dikongsi oleh bekas pembantu Ahli Parlimen Langkawi iaitu Abu Bakar Yahya melalui hantaran di Facebooknya pada Rabu.

Sementara itu, Abdul Hadi melalui perkongsian video di Facebook rasmi Proklamasi Orang Melayu menyifatkan sokongan yang diberikan terhadap proklamasi berkenaan adalah sebagai kembali kepada prinsip asal perjuangan Islam.

Abdul Hadi menyatakan sokongan terhadap Proklamasi Orang Melayu.
Abdul Hadi menyatakan sokongan terhadap Proklamasi Orang Melayu.
Abdul Hadi menyatakan sokongan terhadap Proklamasi Orang Melayu.

"Tonggaknya pada bangsa dan kaumnya. Kerana perjuangan memerlukan tonggak bangsa baharu ada kekuatan, kalau tidak, tidak ada kekuatan. Bukan kita fanatik kaum, tetapi itu asas," kata Abdul Hadi.

Ahli Parlimen Marang itu turut menegaskan bahawa dakwaan proklamasi tersebut bersifat perkauman adalah tidak benar.

"Saya rasa tak betul (perkauman), masa kita dah memerintah selepas merdeka dah berpuluh-puluh tahun tak pinggirkan kaum lain. Kita terima hakikat yang ada itu, tetapi mesti menerima realiti Malaysia ini kaum asal dan majoriti orang Melayu, saya sokong," katanya.

Sementara itu, Abu Bakar ketika dihubungi menjelaskan Proklamasi Orang Melayu diasaskan Dr Mahathir bukan bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan campuran pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Mahathir (empat dari kiri) bersama bersama pemimpin politik negara daripada pelbagai parti dan tokoh agama serta pendidikan pada Kongres Maruah Melayu di Stadium Malawati, Shah Alam pada tahun 2019.

Beliau berkata, proklamasi berkenaan hanya mahu memastikan orang Melayu/Islam mampu meneruskan survival mereka dari segi ekonomi dan pemilikan Bumiputera.

"Kita tidak marah keputusan rakyat untuk memilih siapa jadi kerajaan di Putrajaya sekarang kerana itu hak mereka. Namun apa yang kita lihat hak bangsa Melayu mula diketepikan dan agama Islam mula diperlekehkan.

"Justeru itu, kita berharap orang Melayu dapat tanpa mengira parti dan fahaman politik sama ada orang UMNO, Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dapat tampil menandatangani Proklamasi Orang Melayu dengan sasaran lebih 1 juta tandatangan termasuk secara atas talian," katanya kepada Sinar Premium.

Klik di sini untuk terus membaca