MUTAKHIR ini umat Islam di Malaysia tidak lagi meraikan Aidilfitri dengan amalan berziarah ke rumah sanak saudara dan handai taulan.
Mereka lebih selesa menghabiskan Aidilfitri dengan mengunjungi zoo atau kompleks beli-belah. Budaya berziarah sepanjang Aidilfitri mungkin lenyap jika tiada usaha untuk menggalakkan umat Islam berbuat demikian.
Justeru, ramai terpempan dengan tindakan rangkaian gedung peralatan sukan terbesar di Britain, Sport Direct memperkenal teknologi ‘pengecaman wajah langsung’ (LFR) mengguna algoritma kecerdasan buatan (AIA) kepada semua pengguna yang memasuki premis mereka.
Sports Direct ditubuhkan pada tahun 1982 dan kini memiliki lebih 700 cawangan di seluruh dunia termasuk 35 di Malaysia.
Tindakan Sport Direct dikritik hebat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Britain termasuk kumpulan kempen Big Brother Watch, Liberty dan Privacy International.
Mereka mengemukakan tiga alasan penentangan tersebut. Pertama, teknologi LFR dipercayai telah menyebabkan 87 peratus insan tidak bersalah didapati bersalah oleh Polis Metropolitan Britain.
Kedua, tindakan berkenaan satu bentuk diskriminasi kepada orang ramai khususnya golongan minoriti. Ketiga, mereka NGO juga percaya golongan wanita dan etnik minoriti pasti jadi sasaran utama.
Persoalan yang ingin penulis kemukakan ialah adakah penggunaan LFR sesuai diperkenalkan pada ketika ini? Kebiasaannya penggunaan LFR berdasarkan ‘Kod Amalan Kamera Pengawasan’ terpakai kepada polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Berdasarkan pengalaman, penulis percaya perlaksanaan LFR berdasarkan aplikasi tertentu perlukan proses yang sangat rumit.
Antara proses tersebut termasuk objektif, keperluan, pemilihan komponen perkakasan dan perisian, set latihan algoritma dan ujian perlaksanaan sistem LFR.
Secara harfiahnya, teknologi LFR ialah teknologi biometrik menggunakan algoritma matematik dan pembelajaran mesin bagi mengenal pasti serta mengesahkan individu berdasarkan ciri-ciri muka.
Teknologi LFR boleh digunakan dalam pelbagai aplikasi seperti sistem keselamatan, penguatkuasaan undang-undang dan sistem kawalan capaian.
Di Malaysia pun telah ada perbincangan tentang potensi penggunaan dan perlaksanaan sistem LFR untuk pelbagai aplikasi seperti penguat kuasaan undang-undang, kawalan sempadan dan perbankan.
Kerajaan Malaysia juga telah melaksanakan program Identiti Digital Kebangsaan (IDN) bertujuan menyediakan rakyat dengan cara yang selamat dan mudah untuk mengakses perkhidmatan kerajaan dalam talian.
Fenomena LFR telah disebut dalam surah Al-Baqarah ayat 2:193-195 bermaksud "Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah.
Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang yang Zalim; Bulan haram dengan bulan haram, dan pada sesuatu yang patut dihormati, berlaku hukum kisas. Oleh sebab itu barang siapa yang menyerang kamu, maka seranglah ia, seimbang dengan serangannya terhadapmu.
Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah, bahwa Allah beserta orang-orang yang bertakwa; Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.”
Penulis percaya sistem LFR memiliki banyak faedah. Begitupun pengguna atau masyarakat berhak membangkitkan kebimbangan mereka terhadap pelanggaran privasi dan kebebasan awam.
Penulis percaya perlu diwujudkan peraturan atau garis panduan yang jelas jika teknologi LFR ingin dilaksanakan di tempat umum termasuk kompleks beli belah.Perlaksanaan sistem LFR di Malaysia harus tertakluk kepada pertimbangan dan penilaian teliti terhadap potensi manfaat serta risiko.
Sebagai permulaan, definisi teliti harus dititikberatkan kepada privasi, keselamatan dan hak individu bagi memastikan teknologi LFR yang diperkenalkan dapat memberi manfaat kepada masyarakat.
Kesimpulannya, adat berziarah dan pelaksanaan LFR ialah dua perkara yang berbeza. Penulis percaya adat berkunjung ke rumah sanak saudara dan handai taulan mesti dipertahankan dengan apa cara sekalipun.
Bagaimanapun, sudah sampai masa untuk perlaksanaan teknologi LFR diperkenalkan di negara ini jika ia mendatangkan faedah besar kepada masyarakat umum.
Pelaksanaan teknologi boleh mengundang petaka sekiranya individu tertentu yang tidak bersalah ‘diaibkan’ di depan umum pada pintu masuk kompleks beli belah!
* Dr Ir Muhidin Arifin ialah Ketua Pegawai Operasi Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC)