GELOMBANG haba berpanjangan terus menjejaskan sebahagian rantau Asia Tenggara dan Asia Selatan dengan beberapa negara mencatat rekod suhu tinggi. Saintis sebelum ini memaklumkan bahawa pemanasan global memburukkan lagi cuaca, dengan laporan... Klik di sini untuk terus membaca

GELOMBANG haba berpanjangan terus menjejaskan sebahagian rantau Asia Tenggara dan Asia Selatan dengan beberapa negara mencatat rekod suhu tinggi.

Saintis sebelum ini memaklumkan bahawa pemanasan global memburukkan lagi cuaca, dengan laporan terbaharu Panel Antara Kerajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perubahan Iklim memberi amaran setiap kenaikan pemanasan global akan meningkatkan suhu berganda secara serentak.

Wilayah barat laut Thailand, Tak merekodkan peningkatan suhu 45.5 darjah Celsius, manakala Luang Prabang di Laos mencatatkan suhu mencapai 42.7 darjah Celsius.

Kedua-dua suhu tersebut direkodkan bulan lalu dan dijangka berterusan sehingga awal Mei ini.

Bulan lalu, sebahagian besar Thailand merekodkan suhu melebihi 40 darjah Celsius sehingga mendorong pihak berkuasa mengeluarkan amaran cuaca panas melampau.

Malah, penduduk di banyak bahagian termasuk di Bangkok dinasihati untuk tinggal di dalam rumah.

Pun begitu, terdapat sedikit kelegaan kerana cuaca panas ekstrem dijangka reda dalam tempoh beberapa minggu lagi.

April lazimnya menjadi bulan paling panas dalam setahun di Thailand dan musim panas biasanya memberi laluan kepada musim hujan menjelang pertengahan Mei.

Sementara itu, gelombang haba di Asia Selatan menyaksikan Bangladesh merekodkan suhu tertinggi dalam tempoh 60 tahun pada pertengahan bulan lalu, manakala di India hampir 20 kematian direkodkan yang dikaitkan dengan 15 kematian selepas suhu di negara tersebut melepasi 40 darjah Celsius.

Di China, cuaca panas menjejaskan rutin harian penduduk dengan kebanyakan stesen meteorologi tempatan merekodkan suhu tinggi sepanjang bulan lalu.

Bagaimanapun, terdapat perubahan dramatik pada hujung minggu lalu apabila cuaca sejuk melanda sebahagian kawasan di selatan dan timur.

Suhu di utara China menjunam daripada 30 darjah Celsius kepada angka tunggal rendah, menyaksikan Shanxi dan wilayah berhampirannya melaporkan salji tebal sehingga 24 sentimeter (sm).

Salji turun di pusat bandar Oslo di Norway.
Salji turun di pusat bandar Oslo di Norway.
Salji turun di pusat bandar Oslo di Norway.
Salji turun di pusat bandar Oslo di Norway.

Dalam pada itu, musim sejuk terus mencengkam negara-negara Scandinavia dengan sebahagian Norway dan Sweden merekodkan suhu terendah.

Beberapa kawasan di kedua-dua negara itu turut diselaputi salji setebal 20 hingga 30sm.

Awal bulan lalu, runtuhan salji di utara Norway telah meragut sekurang-kurangnya empat nyawa.

Runtuhan salji berlaku hampir setiap hari di Norway tahun ini dengan tujuh peratus wilayah tersebut berisiko mengalami bencana alam tersebut. - Agensi

Klik di sini untuk terus membaca