AWANG bukan pandai sangat soal sejarah. Setahu Awang, Indonesia merdeka pada tahun 1945 dengan cara revolusi dan pertumpahan darah. Kita merdeka lapan tahun kemudian dengan cara diplomasi.
Sejak 78 tahun kemerdekaannya, Indonesia dah lalui macam-macam pergolakan. Ada masanya revolusi yang makan korban nyawa. Ada banyak krisis politik, ekonomi dan sosial yang dahsyat.
Dalam masa 78 tahun itu, mereka ada tujuh presiden, paling lama adalah Suharto yang memerintah selama 32 tahun. Sejak Suharto, Indonesia dah ada lima orang presiden.
Pak Jokowi ialah Presiden ketujuh. Memang sejak jatuhnya Suharto banyak pergolakan berlaku di Indonesia. Namun begitu presiden silih berganti secara aman. Tak ada 'Langkah Sheraton' di sana.
Perubahan presiden berlaku pada peringkat Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) melalui parti yang menguasai blok terbesar.
Jokowi jadi Presiden pada bulan Oktober 2014 sewaktu Tuk Seri Najib jadi PM. Apabila Najib dan BN tumbang Jokowi masih di situ.
Tun Mahathir jadi PM 22 bulan, selepas itu Tan Sri Muhyiddin, Tuk Seri Ismail dan kini Tuk Seri Anwar. Jokowi tetap di situ. Dalam masa sembilan tahun, Jokowi sebagai Presiden, kita dah bertukar lima perdana menteri.
Awang ceritakan ini sekadar nak beri gambaran siapa lebih stabil antara kita dengan jiran kita itu.
Nampaknya kita kenalah belajar menjadi dewasa dalam politik macam Indonesia. Bukan politik murahan macam sekarang.
Klik di sini untuk terus membaca