KADANG-KADANG Awang terfikir, tak adakah kerja lain dalam kalangan kita melainkan memikirkan bila akan tumbang kerajaan sedia ada? Di mana-mana pun itulah topik hangat yang dicakapkan oleh ramai orang.
Macam kita dah obses kata orang putih, dengan cerita konspirasi untuk tumbang-menumbangkan.
Oleh sebab kita dah ada sejarah menumbangkan kerajaan yang sah melalui 'Langkah Sheraton' maka, banyak pihak menganggap hal itu akan berlaku lagi.
Lagipun sejak tumbangnya kerajaan BN pada tahun 2018, kita dah ada empat kerajaan dan empat perdana menteri.
Jadi walaupun Kerajaan Perpaduan pimpinan Tuk Seri Anwar ada majoriti dua pertiga, tak hairanlah jikalau ada konspirasi satu lagi 'langkah' akan jatuhkan kerajaan ini. Ada yang kata kerajaan ini rapuh, tak boleh tahan lama.
Awang rasa pelik orang politik tak habis-habis nak berkonspirasi. Lepas satu, satu. Macam kemaruk nak kuasa.
Ini termasuklah segala pemimpin yang cakap pasal perpaduan Melayu dan ummah.
Selagi mereka tak berkuasa, maka tak sahlah kerajaan yang ada. Perpaduan Melayu Islam hanya terjadi dengan acuan mereka.
Tak terfikirkah mereka tentang nasib dan kesusahan rakyat?
Orang politik banyak duit, bolehlah laga-melaga, rakyat yang menderita di bawah macam mana?
Klik di sini untuk terus membaca